HIBURAN

Astro Bawa EPL 2025/26 Lebih Dekat dengan Peminat! 380 Perlawanan Disiarkan Secara Langsung

Amri Hassan 18/08/2025 | 05:01 MYT

Musim Liga Perdana Inggeris (EPL) 2025/26 kini bermula dan Astro sekali lagi mengukuhkan peranannya sebagai penyiar rasmi dengan menawarkan liputan penuh 380 perlawanan secara langsung kepada peminat bola sepak di Malaysia.

Menerusi inisiatif One for the Fans, Astro meraikan peminat setia yang tidak pernah ketinggalan menyokong pasukan kegemaran, keluarga yang menonton bersama di hujung minggu, serta rakan-rakan yang menjadikan setiap perlawanan sebagai satu sambutan meriah.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Euan Smith berkata, peminat bola sepak di Malaysia antara yang paling bersemangat di dunia dan menjadikan setiap perlawanan satu pengalaman bersama.

“Dengan One for the Fans, Astro membawa Liga Perdana Inggeris lebih dekat berbanding sebelum ini, dengan akses lebih mudah, liputan tiada tandingan dan pengalaman tontonan terbaik di mana-mana skrin,” katanya.



Antara tawaran musim ini termasuklah liputan menyeluruh setiap perlawanan, analisis pakar, siaran dalam 4K UHD bagi perlawanan terpilih, serta ulasan dalam pelbagai bahasa.

Selain itu, Astro turut merancang acara bersama peminat, tayangan komuniti, serta hadiah eksklusif seperti barangan rasmi, pengalaman hari perlawanan dan peluang menyaksikan aksi EPL secara langsung di UK.





Untuk musim baharu ini, Astro mengekalkan kerjasama dengan Wonda Coffee, Zetrix oleh MYEG dan YES sebagai penaja penyiaran rasmi.

Peminat di Malaysia boleh menonton kesemua 380 perlawanan melalui:

Astro: Akses penuh di Pek Sports dengan saluran khusus Astro Premier League, siaran 4K UHD di Ultra Box dan strim menerusi Astro GO.

sooka: Strim semua perlawanan dengan pelan Sports & Entertainment, tawaran promosi istimewa Premium dari RM29.60 sebulan dan pakej ulang tahun 24 bulan pada harga RM462.

NJOI: Akses dengan Pek Sports Mega bermula RM15 sehari hingga RM138 untuk 120 hari, termasuk promosi percuma 30 hari bagi pembelian NJOI Box.

Pelanggan baharu dan sedia ada boleh melanggan Pek Sports Astro One pada harga RM99.99 sebulan, atau menaik taraf ke Astro Fibre 500Mbps bersama Pek Sports pada RM189.99 sebulan.

Maklumat lanjut dan langganan boleh didapati di astro.com.my atau melalui WhatsApp di talian 03 9543 3838.

#Astro #Bola Sepak #EPL #Siaran