,
Laman Utama

Astro Beri Jaminan Selesaikan Isu Tuntutan Wang RM10,000 Kepada Keluarga Hamid Gurkha

Asyikin Mayudin
05/10/2023
05:25 MYT
Susulan isu tuntutan wang RM10,000 oleh keluarga Allahyarham Hamid Gurkha, pihak Astro memberi jaminan akan menyelesaikan secepat yang mungkin.
Ketua Saluran Astro Ria, Warna & Prima, Norzeha Mohd Salleh, turut melahirkan rasa kesal atas segala kesulitan yang berlaku.
“Astro akan melunaskan pembayaran Anugerah Sepanjang Zaman MeleTOP di Anugerah MeleTOP Era 2021 yang dianugerahkan kepada arwah Hamid Gurkha dan kesal atas sebarang kesulitan yang berlaku.
“Pihak produksi AME sedang berurusan dengan keluarga Arwah untuk menyelesaikan isu ini secepat yang mungkin. Terima kasih,” katanya kepada Gempak.
Terdahulu, media melaporkan keluarga Allahyarham masih menunggu wang tunai yang tertunggak sejak tahun lalu.
Anak ketujuhnya, Nor Azian memberitahu bapanya diberikan Anugerah Sepanjang Zaman MeleTOP AME2021 yang berlangsung pada 29 Mei tahun lalu dan menerima wang berjumlah RM10,000.
Namun wang kemenangan itu tidak diserahkan sehinggalah Allahyarham meninggal dunia pada 14 Jun 2022.
Allahyarham meninggal dunia akibat kesukaran bernafas selepas seminggu dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang (HTAR) akibat penyakit tibi dan beberapa komplikasi lain.
Untuk rekod perjalanan seni Allahyarham bermula apabila bergelar juara Bintang Radio RTM pada 1965, dan kemudian terus dikenali menerusi filem-filem popular seperti Panglima Badol dan Jejaka Perasan.
Allahyarham meninggalkan seorang balu, Timah Abdul Hamid dan lapan orang cahaya mata, namun dua daripadanya meninggal dunia. Arwah juga dikurniakan 32 cucu dan 18 cicit.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Baik Punya Ah Long: Chew Kin Wah Syukur Ditawarkan ‘Job’ Sewaktu Pandemik - “Shoot Filem Ini Bukan Mudah..”

gempak
18/09/2024
12:25 MYT
Umum mengetahui, sewaktu pandemik, para pemain industri seni hiburan tempatan tidak kira sama ada pelakon, penyanyi, pengarah sehinggalah kru belakang tabir ‘diharamkan’ bekerja mencari rezeki.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Pertarungan Sengit 10 Finalis, Elemen Kejutan Jadi Tumpuan… Ini Ramalan Siapa Yang Bakal Bergelar Juara

gempak
15/09/2024
06:55 MYT
Debaran semakin kencang! Pentas akhir Gimme The Mic Malaysia bakal berlangsung malam ini dengan menyaksikan 10 finalis bakal berentap menjadi yang terbaik.
Filem

Sambutan Padu, Baik Punya Ah Long Raih 1 Juta Selepas Tiga Hari Tayangan!

gempak
15/09/2024
05:55 MYT
Filem muzikal komedi, Baik Punya Ah Long membuka tirai pawagam dengan permulaan yang baik dengan meraih kutipan RM1 juta selepas tiga hari tayangan rasmi.
Filem

Wajib Tonton! JoZan Buat Comeback Menerusi Baik Punya Ah Long

gempak
11/09/2024
13:35 MYT
Dua tahun lalu raja duo komedi Malaysia, JOZAN iaitu gandingan Zizan Razak dan Johan telah menggegarkan pawagam seluruh tanah air menerusi filem pecah panggung, dan kini mereka kembali menggeletek penonton menerusi filem komedi terbaru, Baik Punya Ah-Long.
Berita

Tanah Jerlus Masjid India: Keluarga Vijaya Lakshmi Terima Sumbangan Ihsan RM30,000

gempak
06/09/2024
09:25 MYT
Keluarga G Vijaya Lakshmi, rakyat India yang hilang dalam insiden tanah jerlus di Masjid India, Kuala Lumpur dua minggu lalu menerima sumbangan ihsan RM30,000 daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebelum berlepas ke tanah air mereka pada 1 September lalu.