HIBURAN
Astro Buka Ujibakat Mualim Muda 2025, Ini Syarat-Syaratnya!
Astro memperkenalkan sebuah program realiti Islamik terbaharu berjudul Mualim Muda 2025, yang bakal menjadi platform penting dalam melahirkan pendakwah muda versatil seiring dengan cabaran dakwah masa kini.
Program ini membuka peluang kepada anak muda Islam untuk tampil menyerlah dengan keupayaan menyampaikan ilmu dan mesej dakwah bukan sahaja di kaca televisyen, malah turut diperluaskan ke media sosial dan di lapangan masyarakat.
Lebih daripada sekadar sebuah pertandingan, Mualim Muda 2025 turut menjadi wadah pembelajaran yang eksklusif. Peserta yang terpilih berpeluang menerima bimbingan daripada pendakwah dan personaliti Islamik ternama tanah air.
Bimbingan ini diharap dapat membentuk pendakwah generasi baharu yang bukan sahaja berilmu, malah kreatif dan mampu membawa pendekatan dakwah yang segar, relevan serta berimpak tinggi.
Pada masa yang sama, program ini juga menekankan aspek khidmat masyarakat, sekali gus menjadikan bakat dan ilmu yang dimiliki peserta sebagai satu bentuk amal jariah kepada umat.
Ujibakat bagi program ini akan diadakan secara dalam talian bermula pada 1 hingga 7 September 2025.
Proses penyertaan amat mudah dan terbuka kepada pemuda Islam yang berumur antara 18 hingga 35 tahun, merupakan warganegara Malaysia serta mempunyai asas agama yang kukuh.
Peserta hanya perlu mengimbas kod QR yang tertera pada poster rasmi untuk mendaftar, memilih kaedah penyertaan yang disediakan, dan menunggu maklum balas sekiranya terpilih untuk ke peringkat seterusnya.
Mualim Muda 2025 hadir sebagai satu inisiatif yang mengangkat aspirasi melahirkan barisan pendakwah pelapis yang mampu menyesuaikan diri dengan perkembangan era digital.
Bagi mereka yang memiliki bakat bacaan al-Quran yang baik, penguasaan ilmu agama yang mendalam, serta kebolehan menyampaikan ilmu dengan berkesan, inilah peluang untuk menyerlahkan potensi diri. Maklumat lanjut mengenai penyertaan boleh diperoleh menerusi laman sesawang rasmi di salammuslim.com.my.
Jangan lepaskan peluang keemasan ini kerana Mualim Muda 2025 mungkin menjadi titik permulaan perjalanan besar dalam medan dakwah era baharu.