HIBURAN
Astro Dan TVS Anjur ‘Konsert Meletop TVS’ Di Sarawak, Tampilkan Artis Popular Dari Semenanjung & Borneo
Buat julung kalinya, Astro dengan kerjasama stesen TVS akan menganjurkan ‘Konsert MeleTOP TVS’, iaitu edisi pertama konsert MeleTOP yang berlangsung di luar Semenanjung Malaysia.
Naib Presiden Strategi Kandungan GenNext Astro, Putri Yasmin Megat Zaharuddin, berkata konsert ini adalah simbolik penyatuan hiburan dan budaya dari seluruh negara.
“Kami di Astro amat berbesar hati dapat menggabungkan dua jenama besar dunia hiburan tanah air – MeleTOP dan TVS – untuk membawakan barisan penghibur tersohor Malaysia ke Miri dalam satu malam yang tidak dapat dilupakan.
Konsert ini menyatukan artis dari seluruh Malaysia dan meraikan kepelbagaian etnik serta budaya. Muzik sentiasa menyatukan kita semua, dan konsert ini adalah platform menzahirkan kebersamaan dalam kepelbagaian,” katanya.
Mengangkat tema "Nang Champiyen Nang Lagend", konsert berprestij ini bakal menggegarkan Stadium Bandaraya Miri (Tertutup) pada 17 Mei 2025, bermula jam 9 malam.
Penonton juga boleh menonton siaran langsung menerusi saluran TVS (122), serta strim di Astro ONE dan aplikasi sooka. Bagi mereka yang terlepas, siaran ulangan akan ditayangkan di Astro Ria (104) pada 25 Mei 2025, jam 9 malam.
Konsert ini turut menampilkan gabungan menarik antara warisan kebudayaan tradisional Borneo dan budaya pop masa kini. Antara barisan artis yang bakal membuat persembahan termasuklah Dayang Nurfaizah, Hael Husaini, Nadeera Zaini, Mimi Fly, Marsha Milan, Hafiz Suip, Stacy, Floor 88 & Namie, DOLLA, Sada Borneo, Dion Das, Francisca Luhong, Hairee Francis, Wani Kayrie dan Noki.
Acara penuh warna-warni ini bakal diacarakan oleh barisan pengacara popular rancangan MeleTOP seperti Nabil Ahmad, Sherry Alhadad dan Hawa Rizwana, serta hos TVS, iaitu Ghaz Zawawi, Cheryl Toh dan Fattah Bolh.
Konsert MeleTOP TVS turut mendapat sokongan daripada U Mobile selaku penaja utama, Super Kopi (TM) sebagai Kopi Rasmi dan ERA Sarawak sebagai Geng Radio.
Menariknya, bermula 9 hingga 11 Mei ini, peminat turut berpeluang menyertai Hello Miri di Atrium 1, Tingkat Bawah, Permaisuri Imperial City Mall, Miri – acara yang menampilkan pratonton kandungan Astro, persembahan artis dan sesi bertemu peminat secara dekat.
Antara selebriti yang dijadual hadir termasuklah Siti Saleha, Haneesya Hanee, Nadhir Nasar, Mierul Aiman, Wani Kayrie, Adira, Firdaus Rahmat, Ayu Damit, Noryn Aziz, Shahrul Kamal, Nikki Palikat, Kaka Azraff, Tomok, Priscilla Abby, Dinda Dania, Isaac Voo, serta barisan pelakon antarabangsa drama bersiri Little Nyonya seperti Zhang Ze Tong dan Tyler Ten.
Turut berlangsung pada 9 Mei ialah ujibakat Kilauan Emas 2025 bermula jam 10 pagi hingga 10 malam.
Peminat juga boleh mengunjungi booth Astro sepanjang tiga hari acara tersebut untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk dan promosi terkini.
Untuk pengalaman penstriman lebih menyeronokkan, pelanggan boleh menaik taraf ke Astro Fibre 500Mbps pada hanya RM90 sebulan. Layari www.astro.com.my untuk melanggan atau maklumat lanjut mengenai Astro ONE yang menawarkan lebih 95 saluran serta strim serentak di empat peranti.