Seramai 32 peserta dipilih oleh Astro Kem Bola untuk menimba pengalaman berlatih bola sepak Barcelona, Sepanyol bermula 8 hingga 19 Disember 2016.

Menjalani latihan selama 10 hari, kesemua peserta terdiri daripada daripada 16 kanak-kanak perempuan dan 16 kanak-kanak lelaki.

Astro Kem Bola telah memilih peserta yang terpilih merupakan kanak-kanak berumur di antara 10 hingga 12 tahun yang berasal dari Malaysia, Filipina dan Singapura.

Sementara itu, salah seorang peserta, Muhammad Azzroul Hyzami, 12, berkata peluang itu akan digunakan sebaiknya dan menguatkan semangatnya untuk menjadi seorang pemain bola sepak bertaraf dunia.

“Saya berasa sangat teruja kerana mendapat peluang pergi ke Barcelona.

"Dengan adanya peluang sebegini, saya berharap agar suatu hari nanti saya akan menjadi seorang pemain bola sepak bertaraf dunia.

"Saya sememangnya tidak sabar untuk memulakan sesi latihan di sana dan menimba pengalaman baru,”katanya yang berasal daripada Sarawak.

Selain menjalani sesi latihan bersama jurulatih professional dari FC Barcelona, para peserta juga turut mempunyai peluang untuk menonton perlawanan bola sepak La Liga - FC Barcelona lawan RCD Espanyol secara langsung pada 18 Disember 2016 di Camp Nou.

Terdahulu, Astro Kem Bola telah membawa para peserta Kem Bola terpilih menjalani sesi latihan keperingkat antarabangsa telah dikendalikan oleh jurulatih profesional dari kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris seperti Cardiff City Football Club pada tahun 2013 dan 2014.

Teks oleh: Syafiqah Jalal