gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Barang Kemas Dicuri, Keselamatan Terganggu, Prince Syed Buat Laporan Polis - "Saman Menanti Juga!"
HIBURAN
Donut RM47 Buatan Pinkan Mambo Jadi Bualan: “Maaf Cakap…”
HIBURAN
"Saya Seperti Ada Tiga Keluarga Sekarang" - BCL
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Astro Kembali Program The Chosen One XTRA & Drama Jutawan Ekspres

Ainun Md Zooki
Ainun Md Zooki
15/07/2025
16:55 MYT
Sponsor Banner
Astro Kembali Program The Chosen One XTRA & Drama Jutawan Ekspres
Astro sekali lagi buka tirai bagi siri jelajah Home of Kids tahun 2025, Astro membawakan musim baharu The Chosen One XTRA dan juga sebuah komedi terbaharu, Jutawan Ekspres.
Menurut Naib Presiden Strategi Kandungan GenNext, Putri Yasmin Megat Zaharuddin, Astro komited untuk menjadi penyedia hiburan yang bertanggungjawab dengan menyajikan kandungan yang bukan sahaja menghibur, tetapi juga mendidik serta mampu merapatkan hubungan kekeluargaan menerusi program-program terbitan mereka.
“Astro sentiasa komited untuk menyajikan hiburan yang bermanfaat buat seisi keluarga, bukan hanya di kaca TV, malahan juga dalam talian dan menerusi aktiviti luaran.
“Kami menerbitkan 2 program berlainan ‘genre’, iaitu rancangan realiti The Chosen One XTRA dan drama komedi Jutawan Ekspres, yang bakal menggandingkan artis tersohor tanah air dengan wajah-wajah baharu yang berbakat.
“Kedua-dua program ini mesra keluarga, penuh dengan pengajaran, menerapkan nilai-nilai murni dan selamat untuk tontonan semua lapisan umur,” katanya.
Menerusi siri Jutawan Ekspres, para penonton akan disajikan dengan drama komedi yang sarat dengan hiburan dan pengajaran dan barisan pelakon komedi terbaik tanah air seperti Bell Ngasri, Elly Mazlein dan Rashidi Ishak.
Jutawan Ekspres merupakan karya terbaharu daripada pengarah Wan Hasliza yang juga penerbit Keluarga Iskandar dan Dr. Pontianak.
Rancangan ini membawakan kisah tentang sebuah keluarga yang sedang bergelut dengan masalah kewangan dan menjadi jutawan secara tiba-tiba. Kekayaanbaharu mereka menarik perhatian saudara-mara dan juga jiran yang ingin menumpang senang dengan mengambil kesempatan terhadap mereka.
Jutawan Ekspres bakal menampilkan barisan pelakon popular seperti Elly Mazlein, Rashidi Ishak, Bell Ngasri, Sazzy Falak, Azhar Sulaiman dan pelakon yang sedang meningkat naik seperti Qistina Khaled, Kim Azzim, Puteri Rafasya, Syafiq Irfan dan Sufii Nur Imaan.
Tidak ketinggalan para pelakon tambahan yang menjayakan program ini seperti Samsuri Shahrom, Jordan Voon, Wandy Chong, Logan dan Priscilla Nair. Jutawan Ekspres bakal bersiaran bermula 21 Julai 2025, setiap Isnin, jam 9.00 malam di saluran Astro Ceria (saluran 611).
The Chosen One XTRA bukan sekadar memfokuskan bakat nyanyian sahaja, malah juga akan menonjolkan bakat-bakat lain seperti tarian, akrobatik, kebolehan bermain instrumen muzik dan sebagainya.
Musim ini kembali dengan membawakan barisan artis baharu sebagai ‘coach’ selebriti kepada para bintang cilik seperti Namie, Nikki Palikat, Achey, Tuju & Loca B, Bunga, Usop dan juga Naqiu.
Setiap episod turut diterajui oleh hos baharu, pelawak dan hos popular, Nabil Ahmad sebagai pengacara program, bersama anak beliau, Nayla Mikayla sebagai TCO ‘sister’.
Manakala Dato’ Awie sekali lagi telah diberi mandat untuk menggalas tanggungjawab sebagai juri dan akan digandingkan bersama pelawak dan pelakon, Sharifah Shahirah.
The Chosen One XTRA bakal menemui anda seisi keluarga bermula 25 Julai 2025, setiap Jumaat, jam 9.00 malam di saluran Astro Ceria (saluran 611) & Astro Ria (saluran 104).
Astro juga akan meneruskan momentum kempen ini bermula Ogos sehingga September menerusi siri jelajah Home of Kids, sebuah acara yang bakal menghimpunkan si cilik dalam dunia penuh dengan imaginasi yang menyeronokkan.
Astro Home of Kids bakal membawakan karakter kegemaran anak-anak anda daripada Cartoon Network, Nickelodeon, CBeebies, Moonbug, Les’ Copaque, Warnakala Studios, Monsta, Disney+ Hotstar, dan banyak lagi.
Siri mini pertama bakal membuka tirai pada 1 hingga 3 Ogos 2025 ini bertempat di Pavillion Damansara Heights, Kuala Lumpur sebelum edisi utama Astro Home of Kids berlangsung dalam skala lebih besar di Pavilion Bukit Jalil Convention Centre dari 12 hingga 15 September 2025 bersempena musim sekolah The Chosen One XTRA dan Jutawan Ekspres boleh disaksikan secara On Demand di Astro GO dan sooka.
Langgan Pek Astro One dengan hanya RM49.99/sebulan. Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti Untuk Seisi Keluarga.
Tingkatkan pengalaman penstriman dengan menaik taraf ke Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan dengan hanya RM139.99/sebulan.
Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838.
Topic Berkaitan
#Astro
#ceria
#Jutawan Ekspress
#The Chosen One Xtra
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement