Laman Utama

Astro Lancar Tiga Adaptasi Format Sensasi Family Feud! Nabil Ahmad, Douglas Lim & Dr J. Ram Sebagai Host

gempak
Mya Amri
24/03/2023
02:30 MYT
Sponsor Banner
Astro Lancar Tiga Adaptasi Format Sensasi Family Feud! Nabil Ahmad, Douglas Lim & Dr J. Ram Sebagai Host
Family Feud kini melebarkan sayapnya ke Malaysia, hanya di Astro.
Setelah termeterai perjanjian mengadaptasi Family Feud bersama Fremantle pada tahun lepas, Astro kini dalam proses menghasilkan tiga versi Family Feud Malaysia.
Tiga versi tersebut adalah dalam Bahasa Melayu (Astro Ria, Saluran 104), Bahasa Tamil (Astro Vinmeen, Saluran 202) dan Bahasa Inggeris (Astro PRIMEtime, Saluran 704).
Nama-nama besar pengacaraan di Malaysia, Nabil Ahmad (Bahasa Melayu), Dr J. Ram (Bahasa Tamil) dan Douglas Lim (Bahasa Inggeris) menggalas tugas hos ‘Family Feud Malaysia’ mengikut jejak langkah pelawak terkemuka Amerika Syarikat, Steve Harvey.
Menurut Naib Presiden Perniagaan Saluran Melayu Astro, Azlin Reza Azmi, Astro giat memperluaskan kandungan terkini dan terbaharu untuk disajikan kepada para pelanggan.
“Seiring dengan misi syarikat sebagai destinasi hiburan utama untuk rakyat Malayisa, Astro giat memperluaskan kandungan terkini dan terbaharu untuk disajikan kepada para pelanggan kami.
“Kandungan-kandungan yang mahu kami berikan adalah premium dan berkualiti tinggi, setaraf dengan produksi-produksi antarabangsa yang lain.
“Malah dengan membawa game show terbesar di dunia, Family Feud ke Malaysia, ia mampu memperkasakan tawaran-tawaran kami.
“Malah kami percaya bahawa dengan mengadaptasinya dalam pelbagai bahasa, kami mampu mengutamakan relevannya serta setiap hos mampu membawa gaya mereka tersendiri.
“Ketahanan serta populariti berpanjangan rancangan ini membuktikan bahawa penonton global amat meminati ‘gameshow’ seperti ini dan mereka sentiasa akan kembali untuk lebih lagi.
“Dengan menjadi yang pertama menggunakan teknologi XR, ia mampu memperbanyakkan lagi produksi Family Feud Malaysia dan membolehkan kami memperluaskan produksi dalam beberapa vernakular.
“Astro sentiasa komited dalam memberikan pengalaman tontonan yang tiada tandingan untuk semua pelanggan kami. Kami harap keterujaan ini dapat dirasai para pelanggan tersedia ada serta bakal pelanggan kami.
“Bagi mereka yang meminati game show ‘Family Feud’, jangan lepaskan peluang ini untuk menonton versi Malaysia di kaca televisyen atau peranti anda,” jelasnya.

CARA BERMAIN

Permainan Family Feud Malaysia dimulakan dengan peserta pertama (Ketua Pasukan) dari kedua- dua buah kumpulan yang bertanding tampil di podium untuk menjawab soalan pertama.
Peserta terpantas yang menekan buzzer akan memberikan jawapan terlebih dahulu.
Jika jawapan yang diberikan berada di kedudukan teratas survey, ahli-ahli pasukan tersebut akan memberi jawapan susulan.
Jika tidak, pasukan lawan akan cuba untuk memberi jawapan yang tertinggi untuk mengambil alih pusingan tersebut.
Jawapan-jawapan yang diberikan adalah berpandukan survey yang dibuat di kalangan 100 orang Malaysia.
Pasukan yang menerima markah terbanyak akan mara ke pusingan Fast Money dan berpeluang untuk memenangi wang tunai RM5,000.00.
Astro sememangnya menyokong penghasilan kandungan hiburan berbentuk gameshow, malah mencipta format tersendiri seperti All In To Win dan The A Game.
Terdapat sembilan episod istimewa berdurasi satu jam yang melibatkan para selebriti menjadi kapten untuk keluarga mereka iaitu Celebrity Family Feud Malaysia yang akan disiarkan setiap Isnin, 11 malam.
Manakala terdapat 18 episod yang terdiri daripada peserta-peserta bukan selebriti (orang awam) yang berdurasi selama 30 minit yang akan ditayangkan setiap Selasa, 11 malam.
Khas Aidilfitri ini, sembilan lagi episod bakal ditayangkan bermula 1 Syawal hinggal 9 Syawal, 12 tengah hari yang bakal membariskan barisan selebriti-selebriti dari program-program terbitan Astro seperti barisan-barisan pelakon ‘Projek High Council’, ‘Andai Itu Takdirnya’ dan ‘Isteri Halal’ serta alumni-alumni ‘Gegar Vaganza’ dan ‘Big Stage’ serta banyak lagi. Hasil kemenangan selebriti-selebriti ini akan didermakan kepada badan-badan kebajikan yang dipilih.
Family Feud Malaysia versi Bahasa Melayu akan ditayangkan pada setiap hari Isnin dan Selasa bermula 27 Mac 2023, jam 11.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).
Family Feud Malaysia versi Tamil akan ditayangkan pada Mei 2023 dan Family Feud Malaysia versi Bahasa Inggeris pula bakal menemui penonton bermula September 2023 ini.
Family Feud Malaysia turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel.
Dapatkan Pek Premium 1 untuk penjimatan hebat dengan hanya RM 99.99 sebulan untuk enam bulan pertama.
Whatsapp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838 untuk menikmati ‘Family Feud Malaysia’ di Astro.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live