Sebagai sebahagian daripada komitmen Astro untuk menyampaikan pengalaman tontonan yang lebih mudah dan lancar, kami teruja untuk memperkenalkan aplikasi Disney+ Hotstar di Ulti Box.

Aplikasi ini buat pertama kali dilancarkan di Ultra Box pada awal tahun ini akan tersedia mulai hari ini untuk semua pelanggan Ulti Box dengan langganan Disney+ Hotstar yang aktif. Mereka akan dapat menikmati faedah aplikasi Disney+ Hotstar.

Dengan penambahan perkhidmatan penstriman popular ini, pelanggan Ulti Box kini boleh bertukar antara saluran tempatan yang popular dengan kandungan-kandungan hiburan tanpa henti daripada aplikasi Disney+ Hotstar tanpa perlu meninggalkan antaramuka Astro membolehkan pengalaman tontonan yang lebih lancar dan menyeronokkan untuk semua.

Pelancaran ini bertepatan dengan keluaran kandungan Disney+ Hotstar yang dinanti-nantikan, termasuk K-drama Big Mouth (Lee Jong-Suk dan Lim Yoona, She-Hulk Marvel Studios (Tatiana Maslany) sebagai Jennifer Walters.

Selain itu drama bersiri tentang chef muda yang cemerlang yang meninggalkan dunia santapan mewah untuk mengurus kedai sandwic keluarganya The Bear dan Pinocchio live action dan penceritaan semula kisah klasik Disney yang digemari dalam CGI (akan datang 8 September), THE ZONE: Survival Mission (akan datang pada 8 Sep), dan juga rancangan variasi Korea menarik dibintangi Yu Jaeseok, Lee Kwangsoo dan Kwon Yuri.

Ulti Box yang mempunyai perkhidmatan HD akan membenarkan pelanggan menstrim rancangan kegemaran mereka tanpa gangguan, jeda, undur atau mundar laju acara langsung dan strim sehingga 90,000 kandungan On Demand dengan lancar menerusi peranti mereka.

Untuk nilai lebih, pelanggan baharu boleh menambah Astro Fibre, perkhidmatan internet Astro untuk menikmati naik taraf PERCUMA ke tahap kelajuan lebih tinggi selama 6 bulan apabila mereka mendaftar untuk pelan bundle 50 Mbps, 100 Mbps atau 500 Mbps sebagai sebahagian daripada Kempen WiFi Lagi Kencang kami!

Tawaran tamat pada 30 September 2022 dan hanya untuk pelanggan baharu dengan kontrak 24 bulan

Untuk mengakses Disney+ Hotstar di Ulti Box, tekan “Home” pada alat kawalan jauh Astro anda. Untuk pengguna kali pertama, pilih "Disney+ Hotstar" menerusi rail "Apps" dan ikuti langkah yang tertera di skrin untuk memasang akaun Disney+ Hotstar anda.

Setelah selesai, anda akan mendapat akses segera ke kandungan-kandungan hiburan tanpa henti Disney+ Hotstar!

Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang aplikasi Disney+ Hotstar di Ulti Box.

Untuk mendapatkan akses Disney+ Hotstar sebagai sebahagian daripada langganan Astro anda, pelanggan baharu boleh mendaftar untuk Pek Movies (RM59.00 sebulan), Premium 1 (RM99.99 sebulan), Premium 3 (RM99.99 sebulan) atau Platinum (RM99.99 sebulan) dan nikmati kadar istimewa ini selama enam bulan dengan melayari astro.com.my.

Tawaran ini hanya untuk pelanggan baharu dengan kontrak 24 bulan sahaja. Tawaran Astro Premium 1 & Premium 3 Packs RM99.99/bulan selama 6 bulan akan tamat pada 30 Oktober 2022, manakala Pek Movies RM59.99/sebulan & tawaran Pek Platinum RM99.99/bulan selama 6 bulan akan tamat pada 31 Ogos 2022