Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) memberikan tontonan komplimentari untuk semua rancangan di Astro dan Astro GO dari 29 September hingga 13 Oktober susulan kemenangan 'Brand of the Year' di Anugerah Putra Brands 2019 yang berlangsung pada Jumaat malam.

Ia sebagai pengiktirafan atas kejayaan Astro dalam menyampaikan kandungan berkualiti meliputi pelbagai sudut termasuk pendidikan, hiburan yang memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia.

Selain itu, Astro turut memenangi Anugerah Platinum dan 'Hall of Fame' bagi kategori Rangkaian Media.


Anda juga menerima diskaun sebanyak 10% untuk barangan-barangan yang dipaparkan di TV GO SHOP (Saluran 118, 120 dan 330) dari 4 Oktober hingga 6 Oktober. Guna kod promosi, tertakluk pada terma dan syarat.

Bagi tahun 2019, pemenang bagi Anugerah Putra Brands dipilih berdasarkan tinjauan dilakukan ke atas 8,000 pengguna, berdasarkan faktor keinginnan pengguna untuk membeli produk dan perkhidmatan yang dicalonkan.

Dilancarkan pada 2010, Anugerah Putra Brand ialah inisiatif Persatuan Ejen-ejen Pengiklanan Bertauliah Malaysia (4As) untuk mengiktiraf jenama yang paling dekat di hati rakyat Malaysia dengan penilaian berdasarkan pilihan pengguna.

Sebanyak 129 Anugerah daripada 23 kategori dipertandingkan dalam anugerah itu bagi tahun ini.

Sumber: Astro Awani