Selepas beberapa drama siri Astro Originals seperti Kampong Pisang Bersiri-Siri, Projek Anchor SPM dan I-Tanggang, Astro terus komited menghasilkan drama-drama premium yang terbaik.

Terbaharu, Astro Originals membawa pendekatan berbeza dengan kisah ‘female con artist’ pertama di Malaysia menerusi Dukun Diva.

Drama lapan episod arahan Ariff Zulkarnain ini mengangkat tema ‘anti heroes’ dan yang pastinya kualiti setanding naskah filem di layar perak.

Ariff Zulkarnain berkata dia mula mendapat idea untuk menghasilkan Dukun Diva kerana perkataan dukun yang sangat sinonim dengan masyarakat kita.

“Masyarakat kita umumnya sangat sinonim dengan perkataan dukun, malah ada segelintir yang menyalahgunakan ilmu dukun tersebut.

“Menyedari hakikat itu, ia memberi inspirasi buat saya untuk menghasilkan Dukun Diva yang mengisahkan tentang dua wanita yang mempunyai impian dan cita-cita, menjadi dukun palsu untuk menipu seorang jutawan kosmetik demi wang.

“Di luar negara mungkin banyak mengetengahkan subjek wanita sebagai con-artist tetapi ia tidak pernah lagi dihasilkan di Malaysia.

“Jadi Dukun Diva membawa subjek tersebut serta mengetengahkan golongan wanita. Kami yakin dengan menggabungkan urban setting dan elemen lokal mampu memberikan pengalaman baru kepada penonton dan memartabatkan warisan tempatan seperti baju tradisional seperti kebaya, dukun ke serantau melalui drama kita,” katanya.

Sementara itu tinjauan Gempak di platform media sosial mendapati, ramai yang sudah tidak sabar untuk menonton siri terbaharu daripada Astro Originals itu.

Rata-rata berpuas hati dengan siri Astro Originals terdahulu dan yakin Dukun Diva juga antara yang terbaik ditayangkan.

Tambahan Dukun Diva turut menampilkan barisan pelakon yang yang cukup hebat seperti Nadia Aqilah, Eyka Farhana, Adlin Aman Ramlie, Emelda Rosemilla, Tony Eusoff, Kahoe Hon, Khadijah Halim, Che Puan Juliana Evans, Douglas Lim, Aziz M.Osman, Sanjana Suri, Mat London dan ramai lagi.

Saksikan Dukun Diva yang akan mula ditayangkan malam ini di Astro Citra dan Astro Ria pada jam 9 malam.

Untuk minggu-minggu seterusnya saksikan drama premium ini setiap Isnin jam 9 malam secara ekslusif di Astro Citra.

Untuk pilihan alternatif, Dukun Diva boleh distrim di platform Astro GO atau On Demand. Ikuti info dan klip-klip menarik menerusi akaun Instagram, Facebook dan Twitter Astro Gempak dan Astro Shaw.