Ramai peminat Siti Nordiana dan Alif Satar mempersoalkan mengapa drama bersiri lakonan pasangan ini, Klik! Pengantin Musim Salju bersiaran pada jam 7 malam bermula Ramadan ini.

Selepas kejayaan drama bersiri Dia Semanis Honey, peminat mula tidak sabar untuk menantikan gandingan Nana dan Alif dalam Klik! Pengantin Musim Salju.

"Kami meletakkan drama bersiri ini pada waktu tersebut kerana mahu memberikan lebih banyak pilihan drama bersiri di bulan Ramadan untuk penonton dan peminat.

"Di slot Megadrama yang bersiaran pada jam 10 malam, kami mempertaruhkan drama bersiri Rahsia Hati Perempuan arahan Michael Ang yang menampilkan Uqasha Senrose, Mira Filzah, Fikry Ibrahim dan Hisyam Hamid.

"Selain itu, masih ramai orang yang menonton televisyen sambil menantikan waktu berbuka puasa.

"Sebagai alternatif, penonton boleh merakam drama bersiri ini menerusi fungsi PVR dan boleh menontonnya pada bila-bila masa," kata Raqim Ahmad selaku Ketua Saluran Melayu Astro.

Raqim ditemui di majlis tayangan program Ramadan 2018 anjuran Astro di Wow KL, Jalan Ampang semalam.

Dalam pada itu, Astro juga yakin dengan gandingan Nana dan Alif yang sememangnya serasi di kaca televisyen.

"Selepas dua tahun Dia Semanis Honey tamat, pastinya ramai yang sudah tidak sabar menantikan gandingan serasi Nana dan Alif.

"Semoga drama bersiri ini dapat mengubati keresahan peminat yang merindukan lakonan Nana dan Alif," katanya lagi.

Drama bersiri adaptasi novel karya Suri Ryana ini diarahkan oleh Hadith Omar dan turut dijayakan oleh Atikah Suhaime, Adam Lee, Cik Manggis, Dafi, Ardell Aryana, Lan Solo dan ramai lagi.

Jangan lupa saksikan drama bersiri Klik! Pengantin Musim Salju yang mula disiarkan besempena kedatangan Ramadan bermula 14 Mei, setiap Isnin hingga Khamis jam 7 malam di Astro Ria (104), Astro Ria HD (123) dan Astro Ramadan HD (122).

Untuk lebih informasi terkini dan menarik mengenai program istimewa Astro sepanjang Ramadan ini, layari laman web www.meriahbersama.com.my

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Nana

Coming soon ramadhan ini.. . . . Mulai 14 mei 2018 7 malam Astro ria & Ria Hd . . #klikpengantinmusimsalju #pengantinmusimsalju #sitinordiana #astroria #riahd

A post shared by Siti Nordiana Alias (@sitinordiana) on