Astro Perkenal Program Bual Bicara ‘Borak SeeNI’
Umirah Halim
01/10/2024 19:25 MYT
01/10/2024 19:25 MYT
Astro dan Nu Ideaktiv dengan bangganya membawakan isu hangat dan terkini ke kaca televisyen menerusi program bual bicara baharu, ‘Borak SeeNI’ yang mula bersiaran pada hari ini.
Peluang SME promosi produk
Naib Presiden, Pembangunan Pengiklanan (Nu Ideaktiv & SME), Datin Norashikin Habibur Rahman, berkata selain mengulas isu semasa, program bual bicara ini juga bakal memberi peluang kepada warga SME untuk promosikan produk.
“Program bual bicara secara langsung ‘Borak SeeNI’ adalah program yang memfokuskan isu semasa dan gaya hidup terkini, dipersembahkan dalam bentuk yang lebih canggih daripada segi visual iaitu penggunaan reka bentuk Extended Reality (XR) di dalam studio dan Augmented Reality (AR).
“Selain itu, program ini juga ingin membantu warga SME dalam mempromosikan produk mereka,” katanya dalam siaran media.
BERITA TRENDING: Kemelut Antara Sarah Yasmine & Aliff Aziz Berakhir, Sudah Capai Penyelesaian Cara Baik - "Kami Pernah Terlibat Dalam Pergaduhan..."
BERITA TRENDING: “Baby Tak Sabar Nak Tengok Dunia” - Eyra Hazali
BERITA TRENDING: “Mereka Cakap Dia Seorang Introvert & Tak Reti Berparti
BERITA TRENDING: Gara-Gara Paip Pecah, Letusan Najis Manusia
Sementara itu, sebagai pembekal kandungan digital, Ketua Pegawai Eksekutif, Nu Ideaktiv Syamil Fahim berharap ini dapat memperkasakan lagi landskap digital bagi SME perkukuhkan jenama.
“Saya amat teruja dengan kolaborasi program bual bicara secara langsung antara Astro dan Nu Ideaktiv ini. Saya percaya hasil kerjasama yang memberangsangkan daripada kedua-dua pihak dapat memastikan program ini berjalan lancar dengan jayanya.
“Selain itu, ia diharap dapat memperkasa landskap digital bagi SME untuk lebih memperkukuhkan jenama mereka”, katanya.
Selain itu, program bual bicara ‘Borak SeeNI’ juga ada aplikasi ‘SeeNI’ yang mengambil 17 kandungan digital Nu Ideaktiv yang sesuai dengan format program bual bicara untuk menyampaikan maklumat meliputi semua aspek kehidupan.
‘Borak SeeNI’ memaparkan gandingan pengacara yang berpengalaman dan relevan kepada pelbagai lapisan masyarakat seperti Erra Fazira, Faizal Ismail, Haziq Hussni, Nana Mahazan,
Hunny Madu, Dahlia Shazwan dan Keanu Azman.
Pemilihan mereka sebagai wajah ‘Borak SeeNI’ selaras dengan objektif kami untuk menyasar semua lapisan masyarakat sebagai penonton utama.
Kongsikan cerita anda dan ‘Borak SeeNI’ dengan tanyaseeni@astro.com.my.
Program bual bicara yang moden dan interaktif ini membincangkan pelbagai topik menarik dan bersiaran secara langsung pada setiap hari Selasa hingga Jumaat, jam 11 pagi di Astro Prima (saluran 105).
‘Borak SeeNI’ merangkumi pelbagai topik menarik seperti isu keluarga, segmen gaya hidup dan kesihatan bersama barisan pakar.
Selain itu, program ini juga akan menampilkan individu-individu yang boleh memberi inspirasi dan teladan kepada para penonton melalui kisah dan pencapaian mereka yang membanggakan dalam pelbagai bidang.
Dengan penggunaan teknologi studio Extended Reality (XR) yang moden, ‘Borak SeeNI’ menawarkan visual yang lebih menarik dan terkini.
Keupayaan Realiti Tambahan (AR) yang diterapkan memberi kelebihan kepada peniaga terutamanya kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dalam mengetengahkan produk dan perkhidmatan mereka secara dinamik.
‘Borak SeeNI’ turut menekankan penyesuaian kandungan yang fleksibel serta ciri interaktif
dengan melibatkan penyertaan penonton secara langsung dan memenuhi keperluan jenama dalam menawarkan perkhidmatan yang berkualiti tinggi dan meluas.
‘Borak SeeNI’ turut boleh ditonton menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box serta aplikasi SeeNI, Astro Gempak, Astro GO dan sooka untuk pilihan yang fleksibel.
Daftar sekarang untuk tawaran masa terhad Astro Baharu, JUALAN JIMAT BESAR dengan harga serendah RM41.99/sebulan serta pemasangan percuma*. Nikmati hiburan terbaik, dalam satu tempat!
Layari astro.com.my bagi info lanjut untuk melanggan.