,
Hiburan

Astro Perkenal Saluran Gaya Hidup Muslim Kontemporari, NAURA

Kamaruddin Razal
25/09/2018
15:43 MYT
Istimewa pada 1 Oktober ini, Astro bakal memperkenalkan sebuah lagi saluran baharu, NAURA (saluran 125) yang merupakan sebuah saluran gaya hidup Muslim kontemporari dengan tawaran kandungan program Islamik dari dalam dan luar negara.
Seleksi kandungan yang ditawarkan meliputi program yang memaparkan gaya hidup masyarakat Muslim masa kini, dokumentari, program bual bicara santai dan ceramah daripada tokoh ilmuwan terkemuka dari dalam dan luar negara, program adaptasi buku Islamik terlaris serta kandungan ringkas lagi padat yang menjawab persoalan asas mengenai Islam.
Menariknya mengenai tawaran seleksi program di NAURA, setiap kandungan yang disajikan berpaksikan pada tiga elemen utama iaitu inspirasi, informatif dan hiburan.
Selain itu, program di NAURA turut menampilkan ramai personaliti hit masa kini daripada pelbagai latar belakang berbeza yang sering dijadikan sumber inspirasi buat masyarakat Muslim terutamanya dalam kalangan generasi muda seperti Mizz Nina, Alif Satar, Hana Ismail, Ayesha Syahira, Aida Azlin, Noor Tagouri dan pendakwah bebas seperti Yasmin Mogahed, Nouman Ali Khan, Mufti Menk, Liyana Musfirah, Tamliikhaa Khamsani serta ramai lagi.
NAURA tidak hanya membawakan kandungan tempatan sahaja tetapi juga antarabangsa. Antara kandungan tempatan yang ditawarkan adalah ‘Naura Shares’; program perkongsian dari hati yang akan berlangsung dalam suasana santai dan penuh intimasi bersama penonton oleh individu seperti Min Luna, Lisa Surihani, Hanis Zalikha, Kamal Affendi dan Siu Lim, ‘Inspires’; program gaya hidup yang menampilkan personaliti Muslim dari pelbagai negara dengan latar belakang berbeza.
Tidak ketinggalan, rancangan bual bicara ‘Quran Tag with Ayesha & Ustazah Liyana Musfirah’ yang memaparkan cara unik untuk mendekatkan diri dengan Al-Quran bersama selebriti muda seperti Sarah Suhairi, Aiman Tino dan As’ad Motawh serta rancangan variasi ‘Dua’s of the Believer’ yang memaparkan kisah perjalanan hidup yang dipilih oleh wanita-wanita hebat seperti Mizz Nina, Siu Lim dan Memem Khan.
‘Tuesday Love Letter’ pula merupakan adaptasi ‘newsletter’ dengan tajuk yang sama oleh penulis Aida Azlin yang dihantar kepada pengikutnya pada setiap hari Selasa.
Bagi tawaran kandungan Islamik antarabangsa pula, antaranya adalah ‘5 Times Salah in A City’; rancangan berkonsepkan ‘travelogue’ yang membawa penonton meneroka lima buah masjid dalam tempoh solat lima waktu, ‘Al Baqarah Series with Nouman Ali Khan’; kupasan terperinci ayat-ayat dalam surah Al-Baqarah oleh Ustaz Nouman Ali Khan, ‘Grand Mosque’; memaparkan kisah 40 bandar di Anatolia dan menyingkap sejarah tamadun masa lalu serta pelbagai program menarik yang lain.
Selain itu, NAURA juga menawarkan kandungan faktual terbitan IQRAA TV yang memaparkan pelbagai topik menarik antaranya sejarah Mekah dan Madinah, kisah hidup para Rasul dan Nabi serta zaman kegemilangan tamadun Islam.
“Tercetusnya inspirasi untuk memperkenalkan saluran NAURA ini apabila kami melihat satu perubahan dalam gaya hidup masyarakat Muslim masa kini. Mereka dilihat lebih moden, berani bereksperimentasi, semakin berfikiran terbuka dalam segala hal baik daripada segi fesyen atau dalam melontarkan pendapat, pilihan gaya hidup dan sebagainya.
"Namun, dalam masa yang sama mereka masih utuh dengan pegangan agama dalam menjalani kehidupan seharian dan sentiasa berusaha memperbaiki diri menjadi Muslim yang lebih baik.
"Justeru itu, NAURA hadir untuk memberikan sokongan terhadap perubahan gaya hidup positif ini dengan menawarkan pelbagai kandungan Islamik yang bersesuaian dengan jiwa mereka.
"Program-program yang kami hasilkan untuk saluran NAURA dirangka dengan teliti dan mempunyai nilai pasaran global di mana pengisiannya bukan hanya sesuai buat tontonan masyarakat Muslim di Malaysia malahan komuniti Muslim seluruh dunia.
"Untuk memantapkan lagi seleksi program, kami turut membawakan program-program Islamik terbaik dari seluruh negara seperti Arab Saudi, Turki, China dan Amerika Syarikat.
"Menarik lagi, 60 peratus daripada kandungan program di NAURA adalah dalam Bahasa Inggeris dan selebihnya dalam Bahasa Malaysia. Semoga NAURA dapat menjadi ‘one-stop’ (pusat sehenti) platform dalam memenuhi gaya hidup dan kehendak spiritual masyarakat Muslim masa kini," kata Azlin Reza Azmi selaku Ketua Strategi Pembangunan Kandungan Astro (Islamik, Wanita dan Gaya Hidup).
Saluran NAURA boleh didapati dengan melanggan pek Mustika dengan harga langganan serendah RM 12.95 sebulan. Selain NAURA, pek Mustika turut mengandungi saluran Astro Warna, saluran komedi nombor satu di Malaysia dan Astro Citra, saluran yang membawakan kombinasi tajuk-tajuk filem ‘blockbuster premium’ tempatan serta antarabangsa, drama epik dan siri mini asli.
Astro Citra kini boleh ditonton dalam kualiti definisi tinggi (HD) menerusi Citra HD (saluran 126) bermula 1 Oktober 2018. Nikmati NAURA secara percuma mulai 1 – 14 Oktober 2018.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Pelakon Project; Exit, Liza Hanim, Wany Hasrita, Sufian Suhaimi, Finalis Kilauan Emas Memeriahkan Project Festival!

gempak
21/10/2024
05:45 MYT
Bintang drama terbaharu Projek; Exit dan barisan penyanyi hebat tanah air antaranya Liza Hanim, Wany Hasrita dan Sufian Suhaimi antara barisan selebriti yang akan hadir memeriahkan Project Festival!
Berita

Kotak TV Haram Mungkin Murah Namun Membahayakan Keluarga

gempak
09/10/2024
10:00 MYT
Jadi ada pihak yang cuba menggunakan kotak TV haram bagi menonton rancangan kegemaran secara percuma tanpa disedari anda telah menjemput bahaya ke rumah.
Berita

Astro Naik Taraf Barisan Saluran Sukan

gempak
09/10/2024
09:23 MYT
Selaku ‘Home of Sports’, Astro hari ini telah mengumumkan bahawa saluran sukan Astro akan mengadakan naik taraf dengan memperbaharui nama dan juga nombor saluran, memberikan fokus lebih spesifik kepada sukan tertentu bermula pada 17 Oktober 2024.
kilauan-emas

Kilauan Emas 2024: Maria Tak Tertekan Menang Emas Berkilau Of The Week 3 Minggu Berturut-Turut, Akan Terus Usaha Bagi Yang Terbaik

gempak
06/10/2024
02:06 MYT
Tiga minggu berturut-turut memenangi anugerah Emas Berkilau of The Week, peserta Kilauan Emas 2024, Maria menyatakan dirinya tidak tertekan dengan pengiktirafan yang diterima.
Hiburan

Astro Perkenal Program Bual Bicara ‘Borak SeeNI’

gempak
01/10/2024
19:25 MYT
Astro dan Nu Ideaktiv dengan bangganya membawakan isu hangat dan terkini ke kaca televisyen menerusi program bual bicara baharu, ‘Borak SeeNI’ yang mula bersiaran pada hari ini.
BorakSeeni