Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Berita

Astro Radio Catat 16.3 Juta Pendengar Mingguan!

ZULHILMI JALIL 16/11/2019 | 04:55 MYT
Astro Radio, rangkaian radio No. 1 Malaysia mencatatkan peningkatan jumlah pendengar mingguan kepada 16.3 juta.
Angka tersebut berdasarkan laporan kajian terbaru yang dikeluarkan GfK Radio Audience Measurement Survey (RAM) di Semenanjung Malaysia.
Jumlah itu juga mewakili keseluruhan 79 peratus pendengar radio di negara ini yang menggunakan sembilan jenama Astro Radio setiap minggu.
Bagi jenama radio No. 1 Malaysia, ERA, meningkatkan jumlah pendengar mingguannya kepada 6.7 juta, dengan penambahan 215,000 pendengar bagi segmen Breakfast yang kini mencatatkan sejumlah 3.7 juta pendengar.
ERA juga berjaya mencapai segmen Drive tertinggi dengan 3.5 juta pendengar.
Sementara itu, SINAR, sebagai jenama radio kedua tertinggi di Malaysia, meningkatkan pendengar segmen Breakfast kepada 2.7 juta, iaitu penambahan sebanyak 171,000 jumlah pendengar.
Pada masa sama, GEGAR mengekalkan kedudukan utamanya di Pantai Timur dengan 2.1 juta pendengar mingguan.
Dalam pada itu, HITZ terus kekal sebagai jenama radio Bahasa Inggeris No. 1 di negara ini dengan 3 juta pendengar mingguan dengan peningkatan sebanyak 707,000 pendengar.
Manakala MIX dan LITE masing-masing mencapai kedudukan sebagai No. 2 dan No. 3 jenama radio Bahasa Inggeris dengan 1.3 juta pendengar
mingguan masing-masing.
MY, memperkukuhkan kedudukan sebagai No. 1 di kalangan peminat berbahasa Cina dan mencapai peningkatan jumlah pendengarnya kepada 2.4 juta setiap minggu, sementara MELODY meningkatkan pendengarnya kepada 1.7 juta.
RAAGA, jenama radio Tamil No. 1 Malaysia mengekalkan jangkauannya sebanyak 1.5 juta pendengar setiap minggu, dan juga menerima peningkatan pendengar untuk kedua-dua segmen Breakfast dan Drive.
#Astro Radio
;