Semua orang kini boleh menikmati SYOK, aplikasi hiburan dan gaya hidup baharu dalam pelbagai bahasa secara percuma!

Pengguna boleh mendapatkan akses ke semua jenama-jenama Astro Radio di udara dan televisyen, video asli SYOK, podcast, artikel dan peraduan, juga berita dan perkembangan lalu lintas.

Boleh didapati menerusi aplikasi SYOK dan laman web, pengguna boleh melayari dengan mudah 25 rangkaian jenama Astro Radio di serata Malaysia, mendengar podcast secara langsung (radio on-demand), juga podcast yang dihasilkan secara istimewa.

Aplikasi SYOK turut menawarkan akses untuk SYOK Originals iaitu video-video pendek yang memaparkan cerita-cerita menarik dan relevan.

Anda juga boleh mendapatkan artikel, berita dan perkembangan lalu lintas yang terkini serta menyertai peraduan untuk peluang membawa pulang hadiah lumayan.

“Astro Radio teruja untuk memperkenalkan aplikasi SYOK kepada semua pengguna di Malaysia yang menyediakan kepada mereka satu platform untuk melayari pelbagai rangkaian jenama radio dan muzik kegemaran.

"Menerusi aplikasi baharu ini, peminat boleh menikmati kandungan video asli – SYOK Originals yang dihasilkan secara istimewa dengan memaparkan pelbagai topik dan barisan personaliti khususnya buat pendengar=pendengar. Kami berharap semuanya dapat menikmati pengalaman baharu radio digital bersama SYOK," kata Daphne Lourdes selaku Pengurus Besar Pemasaran & Digital Astro Radio.



Daphne ditemui di majlis pelancaran aplikasi SYOK di Mighty Monster, MyTown Cheras sebentar tadi.

Muat turun aplikasi SYOK di Google Play, App Store atau layari laman web SYOK di www.syok.my!