HIBURAN
Astro Raikan Penjawat Awam: Nikmati Penjimatan Eksklusif Sehingga RM960 Dengan Tawaran Eksklusif!
Astro, sebagai syarikat peneraju kandungan dan hiburan Malaysia, teruja untuk membawakan pelancaran istimewa, pek hiburan yang berbaloi dan direka eksklusif untuk menzahirkan rasa penghargaan kami kepada semua penjawat awam di Malaysia.
“Tawaran Eksklusif untuk Penjawat Awam” kini tersedia kepada lebih 1.6 juta penjawat awam di Malaysia sebagai tanda penghargaan Astro kepada para penjawat awam yang telah menjadi tulang belakang kepada pembangunan negara.
“Tawaran Eksklusif untuk Penjawat Awam” ini adalah sebahagian daripada pek Astro One, menawarkan pelbagai kandungan premium Astro, termasuk pelbagai saluran pilihan, program tempatan Astro, Astro Originals, dan hiburan on demand, serta akses Astro GO.
Dengan memperakui kepelbagaian minat penjawat awam dan juga keluarga mereka, pek ini merangkumi pilihan untuk perkhidmatan penstriman, berita, pendidikan, sukan, filem, serta hiburan tempatan dan antarabangsa sambil turut memaksimumkan bajet hiburan mereka.
Tai Kam Leong, Ketua Pegawai Jualan dan Pemasaran, Astro, berkata, “Sebagai sebuah syarikat yang sudah sebati dalam masyarakat Malaysia, Astro telah menjadi sebahagian daripada sejarah negara ini untuk sekian lama, menghubungkan keluarga dan masyarakat melalui kepelbagaian isi kandungan dan perkhidmatan kami yang pelbagai.
"Kami memahami tanggungjawab yang dipikul oleh penjawat awam dalam membentuk negara ini, dan pek istimewa ini mencerminkan tanda penghargaan kami, menawarkan hiburan dengan harga lebih berpatutan, dan kami percaya tawaran ini memberikan nilai tidak terhingga.”
Nilai Berganda Dengan Tawaran Eksklusif untuk Penjawat Awam Astro One
Sebagai sebahagian daripada “Tawaran Eksklusif untuk Penjawat Awam”, semua penjawat awam akan menikmati tawaran eksklusif dan diskaun untuk Pek Entertainment dan Pek Sports Astro One. Tawaran menarik ini direka untuk menjadikan pek paling popular Astro lebih berpatutan dan mudah diakses oleh penjawat awam.
Tawaran ini termasuk penjimatan besar sehingga RM960 beserta tontonan percuma kandungan kanak-kanak dan juga pemasangan Plug & Play percuma. Maklumat lanjut seperti yang tertera di bawah:

Pek Entertainment Astro One menyediakan akses kepada lebih daripada 100 saluran dengan membariskan kandungan tempatan serta antarabangsa yang direka untuk setiap isi rumah.
Eksklusif untuk penjawat awam dengan RM39.99/sebulan (RRP: RM49.99), pelanggan boleh menikmati rancangan popular seperti Big Stage Alpha, Dia Bukan Syurga, Seribu Tahun, Astro Originals First Wives, dan banyak lagi.
Tambahan pula, dengan akses percuma untuk Astro GO, pelanggan boleh strim kandungan kegemaran mereka tidak kira masa, di mana jua.
Peminat sukan pula boleh mendapatkan Pek Sports Astro One, yang mempunyai segalanya dalam Pek Entertainment Astro One dengan tambahan siaran langsung kandungan sukan termasuk Premier League, acara BWF, Liga Malaysia, Sepak Takraw League, Formula 1, MotoGP, Kriket, Tenis dan banyak lagi dengan hanya RM69.99/sebulan (RRP: RM99.99).
Para pelanggan dengan “Tawaran Eksklusif untuk Penjawat Awam” juga akan menikmati tontonan percuma kandungan kanak-kanak (RRP: RM9.99) dengan akses kepada 6 saluran kanak-kanak termasuk Cartoon Network, Nickelodeon, CBeebies dan banyak lagi.
Astro komited untuk menyokong kesejahteraan masyarakat Malaysia dan mengiktiraf sumbangan penting penjawat awam kepada pembangunan negara. Astro percaya inisiatif ini bukan sekadar memberi nilai kepada penjawat awam tetapi juga mengukuhkan ikatan antara Astro dan komuniti.
Para penjawat awam boleh mendaftar pek “Tawaran Eksklusif untuk Penjawat Awam” bermula hari ini menerusi https://www.astro.com.my/penjawatawam atau menerusi WhatsApp di +60 3-9543 3838. Bukti pekerjaan sebagai penjawat awam atau pesara diperlukan semasa proses pendaftaran.