Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Astro Rania Bakal Tayang Cinta Buta, Netizen; "Mantap Betul!"

Gempak Spot
20/05/2020 08:46 MYT
Hanya tinggal hitungan hari, dua saluran baharu Astro yang dikenali dengan nama Astro Rania dan Astro Aura akan menyapa penonton dan pelanggan bersama pengisian yang pastinya berbaloi.

Bermula 23 Mei 2020, sehari sebelum Aidilfitri, Astro Rania dan Astro Aura siap menghidangkan program program terkini, segar dan eksklusif buat semua pelanggan.

Astro Rania misalnya akan menyapa dan terus mengisi hari hari anda menerusi saluran 112 HD.

Salah satu program yang akan ditayangkan di Astro Rania adalah sinetron popular dari Indonesia iaitu Cinta Buta.

Episod penuh liku Cinta Buta akan ditayangkan setiap hari Isnin hingga Jumaat pukul 4 petang selama satu jam eksklusif di Astro Rania.

Cinta Buta adalah sinetron yang ditayangkan di salah satu saluran televisyen Indonesia pada tahun lalu.



Sinetron dengan 206 episod itu dibintang oleh aktres cantik, Nikita Willy dan dua aktor terkenal Indonesia, Rezky Aditya, Rangga Azof.

Baru saja diumumkan, rupanya netizen sudah tidak sabar untuk menyaksikan sinetron yang telah menerima pengiktirafan di Festival Film Bandung 2019 ini.

Banyak netizen yang sudah pun tahu mengenai Cinta Buta menyambut baik 'kedatangan' Cinta Buta di Astro Rania.

Rata rata memberikan komen positif dengan kebanyakannya mengatakan Cinta Buta adalah sebuah sinetron yang 'best gila'!

"Mantul (mantap betul) ini lakonan Nikita Willy," tulis seorang netizen sementara yang lainnya ikut menuliskan: "Kena tengok ni".



Ringkasnya, sinetron karya sutradara Gita Asmara ini bercerita tentang cinta segi tiga antara Aulia, Aslan, dan Reihan.

Aulia (Nikita Willy) adalah gadis buta kaya raya yang jatuh cinta dengan seorang lelaki asing yang selalu menemaninya, Aslan (Rangga Azof).

Namun Aslan lahir dari keluarga kurang berkemampuan. Dia berasa tidak mampu membahagiakan Aulia sehingga meminta sahabatnya, Reihan untuk menyamar menjadi dirinya.

Percintaan mereka juga berhadapan banyak dilema dan konflik dengan campur tangan keluarga. Adakah akan bersatu percintaan mereka?

Jangan lupa saksikan Cinta Buta di saluran Astro Rania setiap Isnin hingga Jumaat pada pukul 4 petang selama satu jam.

Selain Cinta Buta, Astro Rania saluran 112 HD menyediakan pelbagai sinetron dan FTV Indonesia yang menarik sepanjang Raya ini.

Anda boleh menonton pelbagai sinetron terkini dan rancangan hiburan terhangat dari Indonesia sesuai untuk tontonan seisi keluarga sepanjang Syawal ini. Juga boleh dilayari di Astro Go dan On Demand.

Instagram: @cintabuta.cinemaart

Oleh: Maliah Surip
#Nikita Willy #Astro Rania #Cinta Buta
;