HIBURAN
Astro Shaw & Mirinda Kongsi Keberkatan Ramadan Dengan Raikan Golongan Memerlukan
Menghayati keberkatan dan semangat saling berkongsi di bulan Ramadan yang mulia, Astro Shaw dan Mirinda meraikan 40 anak yatim dari rumah kebajikan Pertubuhan Kebajikan Ehsan Ash-Shakur, Rawang, Selangor.
Majlis berbuka puasa yang dianjurkan pada Ahad menyaksikan Amy Gan, Ketua Penjenamaan, Pemasaran & Pengedaran Astro Shaw, Norsalvina Alwee menyampaikan sumbangan duit raya serta hamper, kepada anak-anak tersebut sambil menikmati juadah berbuka puasa dalam suasana penuh kasih sayang dan kemesraan.
Majlis ini turut mendapat kerjasama 7UP, Wonda Coffee dan Goodday Charge dan dimeriahkan dengan kehadiran barisan pelakon daripada filem Keluang Man iaitu Nas Muammar Zar, Anwaar Beg Moghal, Shweta Sekhon, filem Abah Saya Uncle Mike, Idan Aedan, Nor Merah, Umar Shakur, drama premium One Cent Thief 2, Azira Shafinaz, Syarul Ezani, Trisha Ooi; First Wives, Malek Mccrone, Charles Roberts.
Tambah istimewa, individu sebenar yang menginspirasi Abah Saya Uncle Mike, iaitu Michael Tong Wai Siong atau lebih dikenali sebagai Uncle Mike turut hadir bersama tiga orang anaknya Rafei, Rasyid, dan Rahman menjadikan sambutan ini lebih istimewa.
Menurut Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad, “Astro Shaw berbesar hati dapat menjalinkan kerjasama erat bersama Etika menerusi filem dan siri premium terbitan kami. Kolaborasi ini bukan sahaja mengukuhkan jenama kedua-dua belah pihak tetapi mendekatkan lagi kami dengan masyarakat, di samping mencipta pengalaman yang menginspirasi dan bermakna. Pada bulan mulia ini, tiada yang paling istimewa buat kami melainkan dapat berkongsi rezeki dan menggembirakan mereka yang memerlukan, selain mengadakan beberapa aktiviti dengan penglibatan selebriti. Pengalaman ini memberi kami peluang untuk berinteraksi dan melibatkan diri dengan masyarakat”.
Dalam pada itu, Mirinda turut menampilkan treler rasmi Raya, ‘Balik Rayaaahhh’ untuk filem ‘Abah Saya Uncle Mike’, telah ditayangkan dan mengisahkan Uncle Mike bersatu semula dengan tiga anak lelaki angkatnya dalam perayaan tradisional di kampung. Treler rasmi Raya tersebut menampilkan pelakon utama filem dan kini sudah boleh ditonton di platform media sosial.
Kata Amy Gan, Naib Presiden Pemasaran, Etika Sdn Bhd, "Kerjasama kami dengan Astro Shaw bukan hanya untuk menyampaikan semangat Raya dan kebersamaan kepada para penonton, tetapi juga untuk menyemai kemeriahan perayaan ini di dalam hati kesemua anak-anak Pertubuhan Kebajikan Ehsan Ash-Shakur pada Majlis Berbuka Puasa. Melalui pertemuan ini, kita dapat merasai keceriaan dan semangat persaudaraan yang mengukuhkan perikatan sesama kita. Di Etika, kami komited untuk terus berkhidmat kepada masyarakat melalui inisiatif-inisiatif seperti ini, memastikan setiap momen menjadi kenangan manis yang mencerminkan nilai perpaduan dan kasih sayang.
Dalam pada itu, selama beberapa dekad, Mirinda telah menjadi minuman kegemaran rakyat Malaysia ketika musim perayaan. Keceriaan dan kesegaran yang dibawakan oleh Mirinda melambangkan semangat Raya itu sendiri—penuh warna-warni, penuh kegembiraan, dan penuh dengan saat-saat bermakna bersama yang tersayang. Semangat Raya adalah semangat jenama ini, dan kami berbangga menjadi sebahagian daripada setiap perayaan yang menyatukan keluarga dan sahabat handai.”
Menyuntik semangat sempena sambutan Ramadan dan Syawal, Astro Shaw dan Mirinda sekali lagi melancarkan beberapa sesi interaktif, serta acara yang melibatkan masyarakat. Aktiviti sebegini bukan sahaja membantu promosi filem baharu Keluang Man, Abah Saya Uncle Mike dan drama premium Astro Originals seperti One Cent Thief dan First Wives, tetapi mendekati penonton dan peminat dengan lebih rapat.
Mirinda Riang Raya : Sesi Ramah Mesra Bersama Pelakon
Antara akiviti yang telah dijalankan adalah sesi ramah mesra bersama barisan pelakon filem Keluang Man, Abah Saya Uncle Mike, drama premium One Cent Thief 2 dan First Wives, di pasar raya terpilih di Lembah Klang. Peminat dan penonton berpeluang untuk turut serta dalam sesi menanda tangani autograf, menonton klip tayangan di sebalik tabir, dan sesi bergambar bersama bintang pujaan mereka. 25 peminat pertama yang membeli minimum sebanyak RM20 daripada jenama yang mengambil bahagian termasuklah Mirinda, 7up, Goodday Charge, dan Wonda berpeluang berjumpa secara peribadi dengan para selebriti.
Peluang Untuk Muncul Dalam ‘Bad Cop’
Selain itu, kesemua lokasi pasar raya tersebut juga telah diadakan sesi uji bakat pencarian pelakon untuk drama premium di bawah jenama Astro Originals akan datang iaitu ‘Bad Cop’. 50 individu pertama yang membeli minimum sebanyak RM20 daripada jenama yang mengambil bahagian, iaitu Mirinda, 7up, Wonda, Goodday Charge, akan layak berada di laluan ekspres untuk sesi uji bakat.
Bonus Perayaan daripada Mirinda
Menyelami amalan berkongsi dan memberi, Mirinda tekad menjadikan Raya tahun ini lebih gemilang dengan pemberian e-Duit Raya sebanyak RM260,000. Dengan untuk setiap pembelian berjumlah RM15 pembelian Mirinda atau jenama lain yang turut mengambil bahagian, dalam satu resit, berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai tersebut.
Pemberian ini berjalan sepanjang tempoh kempen dari 1 Mac sehingga akhir April, bagi memastikan perayaan ini diraikan dengan penuh keberkatan dan keceriaan. Untuk maklumat lanjut boleh layari laman peraduan Mirinda Riang Raya Bersama-Sama.
Nantikan filem aksi Keluang Man yang akan temui penonton di pawagam bermual 29 Mei 2025, dan filem yang diinspirasikan daripada kisah sebenar, Abah Saya Uncle Mike akan temui penonton di layar perak pada Ogos depan, manakala drama premium terbaru First Wives bermula 11 April 2025 di Astro Go, On Demand serta saluran Astro Ria jam 9.00 malam.
Ikuti perkembangan terbaru mengenai filem-filem terbitan Astro Shaw di akaun media sosial Astro Shaw menerusi platform Instagram, X, Facebook dan TikTok.
Must-Watch Video