UNDI TOP 5 GEMPAK MOST WANTED AWARDS SEKARANG!
HIBURAN

Astro Shaw Terbitkan Wantugo! Filem Pertama Angkat Genre Battle Royale

Asyraf Roslan 22/02/2025 | 04:55 MYT
Peneraju industri perfileman tempatan, Astro Shaw, bakal menerbitkan sebuah filem bertemakan survival thriller berjudul Wantugo.
Menurut Penerbit Eksekutif Wantugo merangkap Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad, pihaknya sangat teruja untuk bekerjasama dengan produksi Infinitus Entertainment bagi menghasilkan filem ini, dengan matlamat memberikan pengalaman luar biasa kepada peminat filem tempatan.
“Wantugo ialah sebuah filem survival thriller yang penuh dengan teka-teki menguji psikologi dan moral, seterusnya mendorong ke situasi di mana setiap pilihan mungkin akan menjadi pilihan hidup yang terakhir. Ini adalah kali pertama Astro Shaw memperkenalkan genre ‘Battle Royale’ untuk filem Malaysia dan rasa amat teruja bekerjasama Infinitus Entertainment dan pengarah Nurhanisham Muhammad (Labu) dan penulis dari Astro Shaw iaitu Ashraf Modee Zain dalam menjayakan Wantugo.
“Bagi menambahkan lagi keterujaan kepada penonton, kami akan membawa pengalaman filem ini melangkaui layar, di mana penonton turut dapat merasai sebahagian daripada permainan dalam filem ini. Pelbagai inisiatif menarik untuk membawa filem ini dekat kepada penonton, jadi nantikan,” katanya dalam satu kenyataan.
Sementara itu, teraju utama Daiyan Trisha juga berkongsi bahawa filem ini sangat menarik kerana Malaysia tidak pernah ada genre filem seperti ini.
Pada masa sama, jelas Daiyan filem ini juga memasukan elemen Malaysia dalam penceritaannya.
“Filem ini sangat menarik sebab di Malaysia kita masih belum ada konsep sebegini dia mungkin kelihatan seperti Squid Game namun ia membawa elemen Malaysia tidaklah sama namun konsepnya sebegitu,” katanya
Mendapat sentuhan kreatif pengarah, Nurhanisham Muhammad (Labu) filem ini dibintangi pelakon-pelakon hebat antaranya Nia Atasha, Elizabeth Tan, Daiyan Trisha, Sky Iskandar, Ucop, Meerqeen, Sein Qudsi dan Zul Ariffin.
Filem Wantugo dijangka akan menemui peminat filem tempatan pada penghujung tahun 2025.

Sinopsis

Zak dan ‘The Clique’ tiba di sebuah taman tema yang terbiar dan telah berjumpa dengan ‘Game Master’ yang menerangkan kepada mereka tentang 3 pusingan permainan maut. Zak dan rakannya sedar yang permainan ini mengingatkan mereka tentang kejadian lalu yang melibatkan rakan kolej mereka Luqman. Keadaan menjadi tegang antara ‘The Clique’ apabila mereka saling menyalahkan satu sama lain.
#Elizabeth Tan #Daiyan Trisha #Zul Ariffin #Astro Shaw #Nia Atasha #Meerqeen #Sky Iskandar #Wantugo