Hiburan

Astro Sinari Perayaan Deepavali Dengan Tema ‘Kondaduvom Semmaiyaga Kondaduvom’, Siar 36 Program Menarik!

gempak
Amri Hassan
24/10/2024
11:49 MYT
Sponsor Banner
Astro Sinari Perayaan Deepavali Dengan Tema ‘Kondaduvom Semmaiyaga Kondaduvom’, Siar 36 Program Menarik!
Astro meraikan sambutan Deepavali dengan tema ‘Kondaduvom Semmaiyaga Kondaduvom’ yang bertujuan memberi keterujaan kepada pelanggan.
Dari 21 Oktober hingga 3 November 2024, saluran RUSI (saluran 210) akan menyiarkan 36 tayangan perdana tempatan dan antarabangsa, termasuk rancangan masakan dan telefilem.
Naib Presiden, Perniagaan Pelanggan India Astro, Prem Anand berkata pihaknya teruja untuk meraikan para pelanggan kami dengan sambutan menerusi kepelbagaian pilihan hiburan terutama di saluran Istimewa, telemovie tempatan, rancangan pelbagai, muzikal dan juga tayangan perdana blockbuster antarabangsa.
"Kami akan terus berinovasi dalam menerbitkan kandungan tempatan dan memberikan yang terbaik kepada para pelanggan. Kami berharap barisan kandungan yang dibawa bersempena Deepavali ini, akan memberikan peluang kepada pelanggan kami untuk kekal bersama dan mencipta memori indah bersama keluarga," ujarnya.
Pelanggan Astro dapat menikmati saluran RUSI (saluran 210) dari 21 Oktober hingga 3 November 2024, menampilkan rancangan masakan tempatan dan antarabangsa.
Selain itu, tayangan perdana Tamil seperti "Deepavali Kondattam" dan "Vaa Raaja Vaa" juga disediakan, bersama filem blockbuster seperti "Tangalaan" dan "Jersey."
Astro turut mempersembahkan 10 filem pendek dari Ulagam Short Film Contest 2024, di mana Dunesraaj A/L Muniandy diiktiraf sebagai pemenang dan berpeluang menghasilkan telemovie untuk Astro.
Dalam usaha memupuk generasi seterusnya dalam bakat pembikinan filem, sebanyak 10 filem pendek dari Ulagam Short Film Contest 2024 akan turut ditayangkan.
Dunesraaj A/L Muniandy, pengarah MGR Murukka Kadai telah dinobatkan sebagai pemenang bagi Ulagam Short Film Contest 2024, memenangi RM10,000 dan juga peluang untuk menghasilkan telemovie untuk Astro.
Selain itu, program ‘Hello Deepavali’ di lokasi terpilih memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk bertemu dengan bakat tempatan. Para pendengar juga boleh menikmati lagu-lagu khas Deepavali di radio RAAGA, sementara tawaran langganan menarik turut disediakan.
Jumpa di: • Colors of India: 26 & 27 Oktober di Ipoh dan Johor Bahru • Agenda Suria: 26 & 27 Oktober di Bukit Jalil
Di radio, rakyat Malaysia boleh mendengarkan RAAGA-vin Deepavali Virunthu, lagu Deepavali RAAGA yang dihasilkan oleh Shameshan Mani Maran, ditulis oleh Vikadakavi Magen dan dinyanyikan oleh Vikadakavi Magen, Yashini dan penyampai RAAGA di radio RAAGA, dan juga platform media sosial mereka.
Daftar tawaran masa terhad terbaru Astro, JUALAN JIMAT BESAR dengan harga terendah dari RM41.99/sebulan dan pemasangan percuma. Nikmati hiburan terhebat, semua dalam satu tempat! Untuk maklumat lanjut layari astro.com.my untuk melanggan. *Harga tertera dalam siaran ini termasuk cukai. Tertakluk terma dan syarat untuk setiap kempen/tawaran.
Untuk info lanjut mengenai tawaran Deepavali Astro Kondaduvom Semmaiyaga Kondaduvom, layari www.astroulagam.com.my/SemmeDeepavali
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024