Pelanggan Astro boleh kekal terhibur di rumah dengan siaran komplimentari saluran-saluran Pembelajaran, Berita, Stay Home Concert, saluran filem Asia, HITS Movies, HITS HD dan Cartoon Network sehingga 12 Mei 2020, jam 11:59 malam.

Saluran-saluran Pembelajaran yang ditambah sebagai siaran komplimentari termasuklah National Geographic Channel, Nat Geo WILD, HISTORY, Animal Planet, Discovery Channel, Discovery Asia dan Discovery Science.







Pelanggan NJOI juga boleh terus menikmati siaran komplimentari saluran KIX, Nat Geo WILD, Cartoon Network dan Celestial Movies sehingga 12 Mei 2020, jam 11:59 malam.

Strim komplimentari bagi 22 saluran untuk semua rakyat Malaysia di aplikasi Astro GO juga dilanjutkan sehingga 12 Mei.

Strim semua program kegemaran anda pada bila-bila masa, di mana sahaja anda berada, dengan Astro GO.

Muat turun aplikasi Astro GO melalui App Store atau Google Play. Pengguna juga boleh mendapatkan akses ke Astro GO melalui laman sesawang astrogo.com.my

Untuk maklumat lanjut mengenai siaran komplimentari ini, layari www.astro.com.my.

Buat pembaca Gempak, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19.