Astro Tampilkan 3 Telefilem Menarik Sempena Hari Kebangsaan 2024
Gempak
29/08/2024 18:34 MYT
29/08/2024 18:34 MYT
Sempena dengan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024 yang bakal tiba, Astro dengan bangganya menampilkan 3 telefilem buat semua rakyat Malaysia.
3 telefilem yang menghimpunkan pelakon-pelakon hebat tanah air itu bakal bersiaran di Astro Ria.
Namun, perjalanan mereka dari Perlis ke Kuala Lumpur bertukar gamat apabila Kiah melantik Danial yang ternyata sebenarnya seorang scammer. Pelbagai hal terjadi sepanjang perjalanan mereka bertiga. Adakah mereka akan berjaya sampai ke Dataran Merdeka?
Drama terbitan Zeel Production Sdn Bhd dan arahan Emi Suffian itu bakal bersiaran mula 30 Ogos 2024.
Antara pelakon-pelakon yang membarisi telefilem ini adalah: Rozita Che Wan, Mandy Chong, Satthiya Kandi, Khaled Asharief, Fendi Seman, Zain Saidin, Hafeezul Yob, TJ Isa, Abang Gee, Azman Ahmad, Kamarul Hj Yusof dan juga penampilan khas Abang Bomba Viral (Asma Saiful Hayat).
Farhan dan Zhen bersama-sama merungkai misteri tersebut dan berusaha mengembalikan keamanan kampung dengan bantuan Priya, seorang gadis yang terkenal dengan kecantikannya.
Drama terbitan MIG Production Sdn Bhd dan arahan Reen Emran itu bakal bersiaran 31 Ogos 2024.
Antara pelakon-pelakon yang membarisi telefilem ini adalah: Arfie Shah, Daniel Fong, Sanjna Suri dan Ropie.
Ditambah pula dengan keadaan fizikal Sakina yang berhijab, mampukah dia mencapai impiannya dalam menceburi seni tarian naga tanpa mengecewakan ayahnya?
Drama terbitan Radius One Sdn Bhd dan arahan Shahrulezad Mohameddin itu bakal bersiaran 16 September 2024.
Antara pelakon-pelakon yang membarisi telefilem ini adalah: Erysha Emyra, Jac Gohr, Justin Yu dan Preti Kaur.
Jom saksikan telefilem-telefilem menarik ini sempena Hari Kebangsaaan dan Hari Malaysia 2024 ini.
3 telefilem yang menghimpunkan pelakon-pelakon hebat tanah air itu bakal bersiaran di Astro Ria.
1. Rombongan Makciks Ke Dataran Merdeka
Hari Kemerdekaan datang lagi! Makcik-makcik Kg Wahab Satu – Joanne, Anjali dan Kiah bertekad untuk pergi menyaksikan perarakan Hari Merdeka tahun ini bagi menyokong anak saudara Kiah, abang bomba yang bakal berarak bersama.Namun, perjalanan mereka dari Perlis ke Kuala Lumpur bertukar gamat apabila Kiah melantik Danial yang ternyata sebenarnya seorang scammer. Pelbagai hal terjadi sepanjang perjalanan mereka bertiga. Adakah mereka akan berjaya sampai ke Dataran Merdeka?
Drama terbitan Zeel Production Sdn Bhd dan arahan Emi Suffian itu bakal bersiaran mula 30 Ogos 2024.
Antara pelakon-pelakon yang membarisi telefilem ini adalah: Rozita Che Wan, Mandy Chong, Satthiya Kandi, Khaled Asharief, Fendi Seman, Zain Saidin, Hafeezul Yob, TJ Isa, Abang Gee, Azman Ahmad, Kamarul Hj Yusof dan juga penampilan khas Abang Bomba Viral (Asma Saiful Hayat).
2. Hantu Karipap
Kemunculan hantu yang menyerupai lelaki Cina di Kg Sejenak telah menimbulkan kebimbangan kepada penduduk kampung. Setelah melakukan penyiasatan, seorang penghantar barang yang penakut iaitu Farhan dan rakannya yang pengecut, Zhen, mengetahui bahawa hantu itu mungkin berasal dari tanah perkuburan Cina memandangkan Farhan tidak menghantar pesanan tepat kepada ‘tuannya’.Farhan dan Zhen bersama-sama merungkai misteri tersebut dan berusaha mengembalikan keamanan kampung dengan bantuan Priya, seorang gadis yang terkenal dengan kecantikannya.
Drama terbitan MIG Production Sdn Bhd dan arahan Reen Emran itu bakal bersiaran 31 Ogos 2024.
Antara pelakon-pelakon yang membarisi telefilem ini adalah: Arfie Shah, Daniel Fong, Sanjna Suri dan Ropie.
3. Lion Girl
Lion Girl mengisahkan tentang seorang gadis remaja berbangsa Melayu, Sakina yang mempunyai minat dalam seni tarian naga. Semuanya bermula sejak umurnya 10 tahun apabila terjumpa dengan Ah Bui, seorang kanak lelaki berbangsa Cina yang lincah bermain gendang. Namun begitu, minat Sakina ini mendapat tentangan hebat dari ayahnya sendiri, Salleh yang mahukan Sakina untuk meneruskan perniagaan kain baju dan kelengkapan umrah yang telah diusahakan oleh keluarga mereka selama ini.Ditambah pula dengan keadaan fizikal Sakina yang berhijab, mampukah dia mencapai impiannya dalam menceburi seni tarian naga tanpa mengecewakan ayahnya?