Hiburan

Astro Tutor TV Lancarkan Misi Studi Untuk Pelajar UPSR, PT3 & SPM

gempak
Kamaruddin Razal
11/07/2019
02:30 MYT
Sponsor Banner
Astro Tutor TV Lancarkan Misi Studi Untuk Pelajar UPSR, PT3 & SPM
Astro dengan berbesar hati melancarkan 'Misi Studi' dengan grafik gerakan (‘motion graphics’) interaktif serba baharu di saluran Astro Tutor TV UPSR (CH 601), PT3 (CH602) dan SPM (CH603).
Sejumlah 145 episod ‘Misi Studi’ dihasilkan khas untuk para pelajar mengulangkaji sebelum mengahadapi peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM yang bakal ditempuhi mereka nanti. Kesemua saluran Tutor TV juga boleh didapati melalui aplikasi dan laman sesawang Astro GO dan perkhidmatan On Demand.
Grafik gerakan ini berjaya dihasilkan dengan kerjasama Astro dan eD-Online Technologies (bagi kandungan UPSR) – syarikat e-pembelajaran terkemuka di Malaysia – Sync Box Productions (bagi kandungan PT3), dan Current Pictures Production (bagi kandungan SPM), yang dipilih atas kepakaran mereka dalam bidang penerbitan dan memiliki akses kepada kandungan yang relevan serta sesuai untuk semua lapisan masyarakat.
Tambahan pula, ibu bapa kini tidak perlu risau lagi akan tahap minat anak-anak mereka terhadap pembelajaran kerana kandungan Tutor TV kini bersifat lebih interaktif dan menarik, terutamanya dengan kehadiran klip-klip selingan baharu, ‘Top Tips’.
Menerusi ‘Top Tips’, para pelajar akan disajikan dengan teknik dan carakerja optimum bagi pelbagai matapelajaran, dalam format yang lebih ringkas, mudah difahami dan diingati.
Uniknya lagi, ‘Top Tips’ turut menampilkan guru-guru akademik berpengalaman luas yang pernah dikategorikan sebagai ‘cikgu viral’ dan dikenali di ruangan media sosial oleh kerana kaedah pengajaran mereka yang berkonsepkan ‘edutainment’, lebih santai dan moden. Walaupun teknik dan pengendalian ‘cikgu viral’ menyampaikan sesuatu subjek itu dilihat lebih ringkas dan bersahaja, setiap mata pembelajaran yang disampaikan itu adalah berlandaskan sukatan pelajaran yang diluluskan pihak Kementerian.
Bagi peringkat permulaan ini, seramai 14 orang ‘cikgu viral’ dipertanggungjawabkan untuk menggalas tugas ‘tutor’ khas di platform-platform ‘Tutor TV’. Mereka diberi peluang untuk menyampaikan tugasan mengikut kepada daya kreativiti masing-masing. ‘Cikgu viral’ ini rata-ratanya dikenali ramai terutamanya di kalangan pelajar dan ibu bapa, dan mereka mempunyai pengikut (‘followers’) yang sedia ramai di laman-laman media sosial.
Mereka adalah Nur Aisyah Samsuddin, Azizah Abdul Jamil, Nurul Ilmi, Mohd Nazaruddin Yusoff, Ifwat Rosdi, Sara Khan, Nur Halim, Zack Kirana, Ustaz Zul Hamat, Yasir Mustafa, Fathi Hussein, Maizura, Muhammad Syahir dan Khairul Akhyar.
Pemilihan ‘cikgu viral’ ini bukanlah dari calang-calang orang. Malah, ada di antara barisan tutor ini memiliki berpuluh tahun pengalaman mengajar termasuklah di institusi pengajian tinggi, sekolah, pusat tuisyen dan sebagai tutor peribadi.
Dengan kepakaran mereka dalam ‘tips & tricks’ atau kebolehan mengandaikan soalan-soalan yang mungkin dijadikan soalan taruhan di atas kertas-kertas pemeriksaan khususnya bagi kalangan Generasi Z @ Gen Z (individu yang dilahirkan di antara tahun 1995 – 2015), barisan ‘cikgu viral’ ini sering dijemput untuk menyampaikan tugasan di bengkel-bengkel intensif UPSR, PT3 dan SPM di seluruh negara.
Dalam pada itu, penceramah / ustaz selebriti, Dato’ Haji Ustaz Zulkefli Haji Hamat, atau lebih kenali sebagai Ustaz Zul Hamat dilantik sebagai perunding utama bagi kesemua kandungan Tutor TV - UPSR, PT3 dan SPM. Bekas Ketua Sektor Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) itu mempunyai 24 tahun pengalaman dalam bidang pendidikan, dan lebih kurang 5 tahun sebagai ‘private coach’ bagi pelajar UPSR, PT3 dan SPM.
Pada masa yang sama, akaun Instagram Tutor TV PT3 (@tutortvpt3) dan Tutor TV SPM (@tutortvspm) juga diperkenalkan bagi memudahkan tip pembelajaran serta kata-kata motivasi dikongsi sebagai elemen tambahan untuk program Tutor TV.
Astro sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk pelanggannya, terutamanya kanak-kanak yang masih dalam proses pertumbuhan minda dan akal. Dengan adanya Tutor TV yang menyajikan kandungan lebih segar, baharu, berkualiti dan bersifat ‘edutainment’ ini, diharapkan dapat membantu para pelajar UPSR, PT3 dan SPM mendapat ilmu yang seimbang, terkini, selamat dan mudah difahami.
Ikuti perkembangan Tutor TV di laman media sosial berikut menerusi laman sesawang: www.tutortv.com.my , Instagram: @tutortvpt3 dan @tutortvspm, Facebook Tutor TV PT3 dan Tutor TV SPM dan semak hashtag #TutorTVTopTips, #TopTipsUPSR, #TopTipsPT3 dan #TopTipsSPM.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024