Asus Perkenalkan Dua Skrin Menerusi Model ZenBook Duo

Asraf Aided
November 14, 2019 12:09 MYT
Asus telah melancarkan model terbaru iaitu ZenBook Duo UX481 yang menampilkan ciri-ciri komputer riba moden dan menerajui gaya rekaan masa akan datang!
ZenBook Duo menjanjikan keunikan kepada anda kerana ia direka dengan ScreenPad Plus iaitu skrin tambahan berukuran 12.6 inci di bahagian papan kekunci.
Dengan ScreenPad Plus, anda akan mendapat ruang pandangan yang lebih luas berbanding komputer riba lain di pasaran kerana skrin utama telah direka dengan ukuran 14 inci, kemudian ditambah dengan skrin tambahan yang berukuran 12.6 inci, sudah tentu menghasilkan paparan yang lebih menarik!
Mari ketahui lebih lanjut apa keistimewaan ScreenPad Plus ini!
Anda boleh menetapkan kumpulan tertentu untuk aplikasi dalam ZenBook Duo ini, lebih menarik, anda boleh membuka lima ‘task group’ di skrin utama, ditambah lagi tiga ‘task group’ di ScreenPad Plus pada satu masa yang sama. Memang menakjubkan!
Selain itu, kedua-dua skrin boleh dihubungkan sesama sendiri, sebagai contoh, aplikasi di skrin utama dapat dialih ke bahagian skrin di papan kekunci dengan mudah dan sangat cepat.
Anda juga dapat menggabungkan pandangan di skrin utama dengan skrin tambahan, ternyata ia menambahkan lagi keselesaan kepada pengguna.
Semua aplikasi yang dibuka juga boleh dilihat pada ScreenPad Plus tanpa menganggu paparan di skrin utama. Ternyata rekaan terbaru dari ASUS ini telah mencipta pembaharuan dalam perkembangan reka bentuk komputer riba era moden.
Berikut adalah perkara yang anda boleh lakukan dengan menggunakan ZenBook Duo ini :
Penyuntingan Video : Letakkan sahaja sebahagian dari proses penyuntingan di bahagian ScreenPad Plus tanpa menganggu paparan video di skrin utama.
Bermain Game : Letakkan informasi tambahan, ruangan ‘chat’ atau aplikasi ‘livestreaming’ di bahagian ScreenPad. Skrin utama boleh digunakan untuk paparan ‘game’ sahaja!
Pengaturcaraan : Proses pengaturcaraan komputer riba kini menjadi lebih mudah kerana ruangan ScreenPad Plus membenarkan anda meletakkan kod-kod untuk proses ‘debugging’ yang lebih lancar.
Rekaan Grafik 2D : Gunakan stylus aktif yang disediakan untuk mencipta hasil kerja kreatif pada ruangan ScreenPad Plus!
ZenBook Duo ini juga menjanjikan paparan warna yang sangat tepat dan kelihatan menarik, sesuai untuk pengguna yang mahu menonton filem atau siri kegemaran dengan menggunakan komputer riba.
Untuk kejelasan skrin, anda tidak perlu khuatir kerana ZenBook Duo menggunakan paparan 1920 x 1080 dan 90% skrin-ke-nisbah badan.
Dari aspek dalaman pula, ZenBook Duo dikuasakan oleh Intel Core i7, VVIDIA terbaru, grafik GeForce MX250 dan kuasa simpanan yang sangat laju. Kombinasi ini akan memastikan ZenBook dapat menampung pelbagai kerja dalam satu masa, kuasa baterinya pula mampu bertahan sehingga 22 jam!
ZenBook Duo direka untuk anda yang kreatif dan profesional, usah ragu dengan prestasi model komputer riba terbaru dari Asus ini, dapatkannya di pasaran!
Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari www.asus.com.
#Asus #ZenBook Duo