LAMAN UTAMA
Asyik Kena Ejek Ketika Interview Kerja, Lelaki Ini Berhabis RM70,000 Operate Muka!
Ekoran sering ditertawakan dan diejek hingga sukar memperoleh kerja, seorang jejaka dari Vietnam, Đỗ Quyền, nekad mengubah wajahnya.
Menerusi video yang dimuatnaik di TikTok, lelaki berusia 26 tahun itu menunjukkan perubahan wajahnya sebelum dan selepas dibedah.
Kata Đỗ Quyền, wajahnya sering ditertawakan setiap kali menghadiri sesi temuduga sebelum nekad untuk membuat prosedur pembedahan plastik.
undefined
Ketika ditanya, Đỗ Quyền menghabiskan kira-kira 400juta Dong (RM70,000) untuk sembilan prosedur termasuk rhinoplasty, chin implant, lip reshaping, lip implant, poercelain veneers dan pembedahan double eyelid.
"Kali pertama saya pulang ke rumah selepas menjalani pembedahan plastik itu, kedua ibu bapa saya tidak mengecam wajah anak mereka ini.
"Saya memang dapat agak situasi itu akan berlaku namun ketika itu saya menangis tidak dapat menahan sebak," katanya yang mengakui bukan berasal dari keluarga berada.
undefined