Laman Utama

"Asyik Nak Makan Cheese" - Ozlynn Dedah Pengalaman Hamil Anak Kelima

Amri Hassan
21/02/2018
08:08 MYT
Pelakon Ozlynn mendedahkan dia berdepan pengalaman lebih sukar sepanjang lima bulan pertama kandungan kelimanya.
Kata Ozlynn, dia putus selera makan dan mengalami alahan lebih teruk berbanding ketika mengandungkan empat cahaya matanya terdahulu.
"Pada mula-mula kandungan sejak menyertai Super Spontan Superstar (SSS) tahun lepas lagi saya mual dan muntah-muntah.
"Badan saya lemah dan saya tiada selera makan.
"Namun, selepas masuk bulan kelima saya asyik suka makan keju. Sampaikan Johan terpaksa mencari keju pukul 3 pagi.
"Saya tak kata mengidam sebab sebelum ini saya tidak suka makan keju. Tiba-tiba kandungan kelima saya jadi hantu keju pula!" katanya kepada Astro Gempak.
Isteri kepada pelawak popular dan penyampai radio Era, Johan itu mendedahkan dirinya berbadan dua selepas selesai rancangan Super Spontan Superstar.
Ozlynn dijangka bersalin pada hujung bulan Mei nanti.
Dalam perkembangan lain, Ozlynn sedang dalam proses pra produksi beberapa buah program televisyen yang bakal disiarkan pada Syawal nanti.
Johan pula dilantik sebagai juri tetap rancangan Ceria Megastar yang akan bersiaran pada setiap Jumaat pukul 9 malam mulai 2 Mac depan di saluran Astro Ceria, Astro Prima dan Maya HD.
Ceria Megastar turut melantik Datuk Aznil Nawawi sebagai juri tetap dan Nabil Ahmad selaku pengacara.
Teks oleh: Amri Hassan
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Kalau Papa Tak Balik, Ingat Siapa Kena Jaga…” - Pesanan Johan Untuk Anak Sebelum Berangkat Tunai Haji Buat Netizen Sebak

gempak
17/06/2024
06:55 MYT
“Kalau papa tak balik, ingat siapa kena jaga adik-adik,” Itulah pesanan pengacara dan pelawak Johan untuk anak-anaknya sebelum berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah haji.
Hiburan

Johan Hampir Terlepas Pesawat Tunai Haji

gempak
10/06/2024
02:01 MYT
Johan Raja Lawak hampir terlepas pesawat untuk tunai haji selepas wujud işu tentang status visa haji beliau gara-gara kekeliruan nama pada visa miliknya itu.
Viral

“Bukan Semua Benda Kita Perlu Kongsi” – Video Wanita Pecah Air Ketuban Atas Sofa Ketika Beraya Raih Kecaman

gempak
29/04/2024
23:55 MYT
Setiap ibu hamil pasti akan melalui fasa air ketuban pecah yang menjadi petanda bakal bersalin. Hal itu yang dapat dilihat menerusi satu video viral baru-baru ini. Menerusi video berkenaan, dapat dilihat seorang wanita mengalami pecah ketuban ketika beraya di rumah rakannya. Namun, apa yang membuatkan perkongsian tersebut tular adalah apabi
Viral

Gelagat Wanita Hamil Mengidam Cium Tayar Motosikal Tarik Perhatian Netizen, Ramai Pakat Kongsi Pengalaman 'Pelik-Pelik'!

gempak
18/01/2024
06:55 MYT
Wah pelik betul mengidam
Viral

Didakwa Rendahkan Geng Pesilat, Ini Komen Johan Ghazali - “Saya Tidak Pernah Nak Jatuhkan Mana-Mana Sukan Yang Lain”

gempak
16/01/2024
09:00 MYT
Ini komen Johan