Laman Utama
"Asyik Nak Makan Cheese" - Ozlynn Dedah Pengalaman Hamil Anak Kelima
Pelakon Ozlynn mendedahkan dia berdepan pengalaman lebih sukar sepanjang lima bulan pertama kandungan kelimanya.
Kata Ozlynn, dia putus selera makan dan mengalami alahan lebih teruk berbanding ketika mengandungkan empat cahaya matanya terdahulu.
"Pada mula-mula kandungan sejak menyertai Super Spontan Superstar (SSS) tahun lepas lagi saya mual dan muntah-muntah.
"Badan saya lemah dan saya tiada selera makan.
"Namun, selepas masuk bulan kelima saya asyik suka makan keju. Sampaikan Johan terpaksa mencari keju pukul 3 pagi.
"Saya tak kata mengidam sebab sebelum ini saya tidak suka makan keju. Tiba-tiba kandungan kelima saya jadi hantu keju pula!" katanya kepada Astro Gempak.
Isteri kepada pelawak popular dan penyampai radio Era, Johan itu mendedahkan dirinya berbadan dua selepas selesai rancangan Super Spontan Superstar.
Ozlynn dijangka bersalin pada hujung bulan Mei nanti.
Dalam perkembangan lain, Ozlynn sedang dalam proses pra produksi beberapa buah program televisyen yang bakal disiarkan pada Syawal nanti.
Johan pula dilantik sebagai juri tetap rancangan Ceria Megastar yang akan bersiaran pada setiap Jumaat pukul 9 malam mulai 2 Mac depan di saluran Astro Ceria, Astro Prima dan Maya HD.
Ceria Megastar turut melantik Datuk Aznil Nawawi sebagai juri tetap dan Nabil Ahmad selaku pengacara.
Teks oleh: Amri Hassan