Marah betul Fasha Sandha dengan seorang netizen ini. Komen yang ditinggalkan sememangnya betul-betul melukakan perasaan dengan tuduhan yang berbaur fitnah.

"Siapakah Hamba Allah ni. Lagi seorang pengikut yang berhijab, cantik tapi bermulut puaka begini. Asal apa saya buat semua salah.

"Tapi kalau orang lain? Vvip ke atau orang lain buat semua betul dimata 'hijabista bawang' macam diorang ni.," tulis Fasha bengang.

"Ahli keluarga siapakah ini? Kawan siapakah ni? Mohon nasihatkan dia. Kalau dah benci, silakanlah unfollow. Kenapa masih follow saya?" tanya Fasha lagi.

Menurut Fasha, dia memuat naik gambarnya memakai hijab untuk mengucapkan terima kasih kepada peniaga online yang menghadiahkan hijab tersebut kepadanya.

"Saya bukan mintak dipuji. Awak juga agen peniaga kan? Kalau awak bagi hadiah pada orang, awak akan rasa dihargai bila orang tu tag kan?

"Awak memalukan jenama perniagaan awak bila awak fitnah dan menghina orang macam ni. Apapun terima kasih. Asyik sibuk jaga bab aurat orang, bab dosa besar atas menfitnah orang tak fikir pula," tegur Fasha.

Siapakah Hamba Allah ni. Lagi seorang pengikut yang berhijab, cantik tapi bermulut puaka begini. Asal apa saya buat semua salah... Tapi kalau orang lain,? Vvip ke atau orang lain buat semua betul dimata 'hijabista bawang' macam diorang ni. . Ahli keluarga siapakah ini? Kawan siapakah ni? Mohon nasihatkan dia... Kalau dah benci, silakanlah unfollow... Kenapa masih follow saya? Saya post gambar saya berhijab untuk berterima kasih pada peniaga online yang hadiahkan saya bukan mintak dipuji. Awak juga agen peniaga kan? Kalau awak bagi hadiah pada orang, awak akan rasa dihargai bila orang tu tag kan? Awak memalukan jenama perniagaan awak bila awak fitnah dan menghina orang macam ni. Apapun terima kasih.... Asyik sibuk jaga bab aurat orang, bab dosa besar atas menfitnah orang tak fikir pula... Hari2 nak buli artis ke kaum macam diorang ni?? . Lepas ni Silakan private ig anda segera sbb gambar ig u yang bercakap tentang ketuhanan tak match dengan kata2 yang keluar dari mulut u kak...

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on


Fasha juga meminta netizen tersebut supaya 'private' kan Intagramnya kerana pada Fasha status bergambar di Instagram netizen tersebut yang bercakap tentang ketuhanan tidak menyamai dengan kata-kata yang keluar dari mulutnya.