Bintang Akademi Fantasia 4 yang mirip suaranya dengan Allahyarham Datuk Ahmad Jais, Haziq Rosebi muncul dengan single raya terbaharu berjudul Tandak Lebaran berkolaborasi dengan guru seni muzik di sebuah sekolah utara Malaysia, Cikgu Merra.
Kata Haziq, lagu Tandak Lebaran punyai keistimewaan tersendiri dan berharap agar diterima ramai sekali gus kekal evergreen sepanjang zaman.
"Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak produksi kerana telah memberi peluang dan sepenuh kepercayaan kepada saya untuk single raya ini bersama Cikgu Ameera.
"Saya berharap lagu ini kekal evergreen dan menjadi siulan serta bualan orang ramai. Saya nak lagu ini bukan saja hits 1 atau 2 tahun, malah menjadi hit sepanjang masa. Saya mendoakan agar lagu ini memberi manfaat kepada semua yang mendengar," ujarnya.
Sementara itu, kata Cikgu Meera yang berasal dari Kodiang, Kedah, proses rakaman lagu Tandak Lebaran merupakan pengalaman yang menyeronokkan.
"Saya rasa seronok apabila hendak buat rakaman lagu ini apatah lagi bergandingan dengan Haziq walaupun cabarannya saya perlu turun ke Melaka dari Kedah namun semuanya berjalan lancar. Tambahan Haziq pula seorang yang happening," katanya.
Selain menyanyi, Cikgu Meera, 30, turut punyai bakat dalam bersyair dan pernah terbabit dalam beberapa pertandingan peringkat antarabangsa di Indonesia.
Lagu Tandak Lebaran dicipta oleh pemuzik hebat dari Melaka, Fauzi Mohammad manakala liriknya disempurnakan oleh Siso Kopratasa.
Muzik video Tandak Lebaran telah dilancarkan di YouTube Buana Rama Records dan boleh distrim secara digital di platform streaming dan itunes.
Amri Hassan
Fri May 13 2022


Nak Tiket Percuma Saksikan Netball Super League Live? Ini Cara Mudah Untuk Dapatkannya!
Wah mudahnya!

“Sedaya Upaya Mengelak” - Aduhai, Restoran Mamak Nak Naikkan Harga Roti Canai?
Presiden Persatuan Pemilik Restoran India Muslim Malaysia (PRESMA) menjelaskan...

Zalif Sidek Guna Pengalaman Lama Sebagai PA Artis Bagi Menjayakan Watak…
Guna pengalaman lama dalam filem

“Kalau Pahang Memang Tempoyak La..” - Tak Suka Makan, Peminat Ucap 'Good Luck' Pada Uqasha Senrose
Alamak!

#Foodieslife: Kurang Pengambilan Protein Boleh Sebabkan Panjang Umur?
Kajian baharu mendapati kemungkinan kurang pengambilan protein boleh memanjangkan usia

“Shakabom” - Next Level Punya TikTok! Tapi Ramai Minta Mamat Tegur Datuk Siti? Berani Ke?
“Mamat berani tak nak tegur, penyanyi nombor satu tu”.

“Kedua-Duanya Betul…”- Jadikan Isu Sakit Ustaz Kazim Marketing Filem? Ini Jawapan Mawi…
Akhirnya Mawi sebagai pengarah buka mulut...

“Fatima Sukakan Baby…”- Mahu 3 Anak, Fazura Akui Rancang Anak Kedua Pada…
Dah plan 2nd baby rupanya...

“Awak Panggil Ramai Jatuhkan Saya…” - Isu 'Duit Palsu' RM10K, Tiktokers Akhirnya Buat Laporan Polis?
“Ramai tertanya-tanya kenapa Puteri tak buat report.

Pilihan Sabtu: Siti Tak Kritik Tak Tunjuk Wajah Anak, Sufian Masih Mencari? Siapa Yang Mesra Dengan Anak HIV & AIDS?
Apa cerita Sabtu?