HIBURAN
Asyraf Khalid Pertahan Diri, Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Caprice - “Hantaran Itu Telah Cetuskan Serangan Berbentuk Fitnah, Penghinaan Keterlaluan”
Pempengaruh dan usahawan, Asyraf Khalid memaklumkan bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap penyanyi rap, Caprice susulan 'serangan' yang dilakukan terhadapnya dalam media sosial baru-baru ini.
Asyraf, 33, mendakwa siri serangan hantaran yang dimuat naik Caprice, bukan sahaja mencalarkan imej peribadi, tetapi turut menjejaskan periuk nasinya sebagai ahli perniagaan dan pemegang saham.
Asyraf berkata demikian ketika ditemui pada sidang media khas Asyraf Khalid berkenaan fitnah dan buli siber bertempat di Wan Shahrizal, Hari & CO, Bukit Bintang.
Jelas Asyraf lagi, dia juga sudah menghubungi pihak Caprice untuk memaklumkan mengenai podcast tersebut bagi menjernihkan semula keadaan menerusi mesej Instagram.
"Namun begitu, Caprice tetap meneruskan siri hantaran-hantaran yang berniat menyerang dan menjatuhkan saya," ujarnya.
Tambah Asyaf, yang paling mengecewakan adalah kecaman netizen yang dilemparkan kepadanya disifatkan terlalu negatif sehingga digelar perogol, pedofilia dan juga serangan terhadap keluarganya.
"Bila saya cakap tak akan siarkan video itu, tapi kenapa dia masih serang secara melulu sehingga ramai turut mengecam seperti tuduhan pedofilia dan 'body shaming'.
"Paling sedih bila orang mula tuduh bahawa semua yang saya miliki hari ini hanya disebabkan anak Datuk K. Jadi sebab itu saya perlu pertahankan diri dan buatkan sangat kecewa," ujarnya lagi.
Malah Asyraf berkata, emosi dan mentalnya terganggu dengan perkara yang berlaku termasuk perlu menjelaskan mengenai keadaan sebenar kepada banyak pihak.
Sementara itu, menurut peguam mewakilinya, Abdul Hakiem Aiman berkata, tindakan undang-undang yang bakal difailkan itu dilakukan selepas meneliti segala fakta bersifat fitnah terhadap Asyraf dalam media sosial.
"Asyraf mempunyai hak untuk mengambil tindakan untuk mempertahankan diri terutama berkaitan hal yang telah menjejaskan reputasinya," ujarnya.
Dakwanya, Caprice juga tidak mendapatkan klarifikasi daripada pihak Asyraf sebelum mengeluarkan segala dakwaan dalam media sosial.
"Kami percaya, perkara ini perlu dibawa ke peringkat mahkamah. Kalau ada sebarang perbincangan antara pihak-pihak, semua itu boleh didengar dengan medium yang lebih teratur seperti mediasi.
"Saya juga mahu jemput semua pihak untuk melihat video itu semula iaitu satu 'teaser'.
"Daripada teaser itu, Asyraf telah menjemput tetamu yang datang daripada pelbagai bidang berbeza.
"Dalam video tersebut Asyraf tidak pernah menyentuh atau menyebut sebarang isu berkaitan isu sensitif," jelasnya lagi.
Sebelum ini, aktivis kemasyarakatan dan penyanyi rap, Caprice turut menyelar tindakan Asyraf menjemput seorang lelaki didakwa pernah mencederakan beberapa orang individu ke program audio siar tersebut.
Caprice atau Ariz Ramli, 37, berang apabila individu seperti itu yang juga didakwa pernah melakukan ugutan terhadap dirinya dan keluarga diketengahkan.
Selain berkongsi semula beberapa foto kecederaan mangsa yang mendakwa dilakukan lelaki terbabit, Caprice juga berkongsi tangkap layar mesejnya dengan Asyraf.
Terdahulu, netizen ‘menyerang’ laman sosial Apa Cerita? Podcast selepas Asyraf memuat naik potongan klip pendek daripada video wawancara audio siarnya dengan wajah tetamu tersebut dikaburkan.
Perkongsiannya mencetuskan perasaan tidak puas hati ramai yang mempersoal motif sebenar suami kepada pelakon Tya Ariffin itu mengundang lelaki terbabit ke program berkenaan.
Imej tercalar

"Seorang pempengaruh dikenali sebagai Caprice telah menerbitkan beberapa hantaran menyerang saya secara terbuka kerana menjemput tetamu berkenaan yang menurutnya terlibat dengan pelbagai tuduhan kekerasan.
"Hantaran-hantaran tersebut telah mencetuskan gelombang serangan berbentuk fitnah, penghinaan keterlaluan, dan tohmahan yang menggugat maruah saya," katanya
Asyraf berkata demikian ketika ditemui pada sidang media khas Asyraf Khalid berkenaan fitnah dan buli siber bertempat di Wan Shahrizal, Hari & CO, Bukit Bintang.
Ada hubungi Caprice
Jelas Asyraf lagi, dia juga sudah menghubungi pihak Caprice untuk memaklumkan mengenai podcast tersebut bagi menjernihkan semula keadaan menerusi mesej Instagram.
"Saya telah cuba berhubung dengan Caprice secara peribadi untuk menjelaskan situasi sebenar.
"Jadi, saya mengambil keputusan untuk tidak menyiarkan siaran episod tersebut demi meredakan keadaan dan menjaga sensitiviti semua pihak.
"Namun begitu, Caprice tetap meneruskan siri hantaran-hantaran yang berniat menyerang dan menjatuhkan saya," ujarnya.
Komen terlalu melampau
Tambah Asyaf, yang paling mengecewakan adalah kecaman netizen yang dilemparkan kepadanya disifatkan terlalu negatif sehingga digelar perogol, pedofilia dan juga serangan terhadap keluarganya.
"Kami memang berkawan sejak saya umur 18 tahun dan terkejut ini kali pertama perkara sebegini berlaku sebab tak mungkin seorang sahabat akan lakukan semua itu.
"Namun, saya juga ada khilaf sendiri tetapi dalam masa sama apa yang dia lakukan keterlaluan.
"Bila saya cakap tak akan siarkan video itu, tapi kenapa dia masih serang secara melulu sehingga ramai turut mengecam seperti tuduhan pedofilia dan 'body shaming'.
"Paling sedih bila orang mula tuduh bahawa semua yang saya miliki hari ini hanya disebabkan anak Datuk K. Jadi sebab itu saya perlu pertahankan diri dan buatkan sangat kecewa," ujarnya lagi.
Tindakan undang-undang
Malah Asyraf berkata, emosi dan mentalnya terganggu dengan perkara yang berlaku termasuk perlu menjelaskan mengenai keadaan sebenar kepada banyak pihak.
Sementara itu, menurut peguam mewakilinya, Abdul Hakiem Aiman berkata, tindakan undang-undang yang bakal difailkan itu dilakukan selepas meneliti segala fakta bersifat fitnah terhadap Asyraf dalam media sosial.
"Laporan polis telah dilakukan semalam di Balai Polis Pudu. Selepas meneliti dengan jelas semua fakta, pihak kami merasakan wajar untuk Asyraf menjelaskan perkara ini tetapi bukan menerusi platform media sosial sebaliknya perlu diadili dengan sistem kehakiman.
"Saman malu dan saman fitnah bakal difailkan dalam tempoh terdekat.