Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Atas Nasihat Tun M, Saya Letak Jawatan Menteri Pendidikan" - Dr Maszlee Malik

Kamaruddin Razal
02/01/2020 09:07 MYT
Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik mengumumkan perletakan jawatan berkuat kuasa esok, lapor Astro Awani.

Menurut Maszlee, beliau berbuat demikian selepas mendapat nasihat daripada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Saya Dr. Maszlee Malik memulangkan kembali jawatan saya sebagai Menteri Pendidikan Malaysia kepada Perdana Menteri berkuat kuasa 3 Januari 2020." #AWANInews #AWANIterkini #TerimaKasihMaszlee

A post shared by AstroAwani (@501awani) on


“Di atas dasar ketaatan dan disiplin kepada kepimpinan parti dan kerajaan, maka saya dengan hati yang reda walaupun berat.

“Dengan nasihat daripada Ayahanda, Perdana Menteri, saya Dr. Maszlee Malik memulangkan kembali jawatan saya sebagai Menteri Pendidikan Malaysia kepada Perdana Menteri berkuatkuasa 3 Januari 2020,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media khas di Putrajaya, pada Khamis.

Dr. Maszlee Malik [ @maszlee ] memandu sendiri kereta Perodua Myvi meninggalkan Kementerian Pendidikan Malaysia sebaik mengumumkan perletakan jawatannya yang akan berkuatkuasa esok, 3 Januari 2020. Laporan : @hillmie_mallique #AWANInews

A post shared by AstroAwani (@501awani) on


Sebelum itu timbul spekulasi berhubung peletakan jawatan beliau di media sosial sejurus selepas berita pertemuannya dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Khamis timbul.

Sumber: Astro Awani
#Berita #Dr Maszlee Malik
;