Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Atas Urusan Keluarga, Rem Terpaksa Pulang Ke Sarawak Tapi Tibanya Di Kampung...

Syafiqah Jalal
20/05/2020 22:46 MYT
Penyanyi yang popular era 90-an, Rem akui terpaksa pulang ke kampung halamannya di Kuching, Sarawak atas urusan keluarga.


Rem atau nama sebenarnya Ramzani Kassim, 45, membuat permohonan di balai polis kerana dia mahu merentas negeri ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).


“Terpaksa balik ke Kuching ketika musim PKPB atas urusan keluarga.

“Saya ke balai polis untuk membuat permohonan.

“Alhamdulilah permohonan untuk pulang sudah diluluskan, doakan semuanya berjalan lancar,” katanya.

Rem yang popular dengan lagu Semu Orang Tahu itu berkongsi perkara itu di akaun Instagram miliknya.

Pun begitu, menerusi entri terbaharu, Rem yang sudah selamat tiba dia Kuching diminta untuk kuarantinkan dirinya di sebuah hotel selama 14 hari.

“Tujuan saya pulang adalah untuk menziarahi ibu saya yang tidak sihat.

“Tapi saya terpaksa kuarantinkan diri saya selama 14 hari di hotel pula dan mungkin saya akan menyambut Raya di hotel sahaja.

“Tapi tujuan asal saya bukan hendak beraya. Saya hendak menziarahi ibu saya tetapi agak lama pula mengambil masa untuk berjumpa dengannya kerana perlu kuarantin.

“Tak mengapa, ia salah satu prosedur dan saya pun sudah menjalani pemeriksaan COVID-19, harap keputusan yang keluar nanti negatif,” katanya lagi.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata mendoakan agar urusannya dipermudahkan.

Solie hari ni x tunjuk muka sbb malu ? Nanti kita upload Video PART 2 tu ye ? #PKPB #kuchingsarawak #kitajagakita #quarantine #covid_19 #sharingiscaring

A post shared by REM (@remcassim) on

#Penyanyi #Rem #Penyanyi #Kampung #Balik
;