Dengan sekali lafaz, adik kepada selebriti popular Neelofa, Athisha Khan telah selamat bergelar isteri kepada Wan Amirul Haiqal tepat pukul 3.33 petang Sabtu di Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur.

Athisha, 24, dinikahkan oleh bapanya, Datuk Halim Khan dengan mas kahwin sebanyak RM1,000 dan difahamkan tiada hantaran daripada kedua-dua belah pihak pengantin.

"Tiada hantaran sebaliknya mereka hanya bertukar cincin pada majlis yang berlangsung," kata sumber terdekat kepada pasangan itu kepada Gempak.

Bagaimanapun, tiada kemaskini daripada akaun media sosial Athisha melainkan sekeping foto pijamas kelabu bertarikh 22.01.22, menandakan hari bahagianya hari ini.

Athisha menyarung busana Alia Bastamam dan ditatarias oleh Khir Khalid dan rambut didandan oleh Juno Ko.


A post shared by Reka Teemor (@rekateemor)


Terdahulu, Athisha telah mengikat tali pertunangan bersama Wan Amirul pada Khamis lalu dalam majlis ringkas yang diadakan di kediamannya.

BACA: Muat Naik Foto Bertunang & Bridal Shower, Adik Neelofa, Athisha Khan Akan Berkahwin Dalam Masa Terdekat?

Foto: EH!