Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Atikah Suhaime Bakal Tamatkan Zaman Bujang? Netizen Puji Majlis Simple Sahaja

Umirah Halim
12/01/2024 10:30 MYT
Pelakon kelahiran Singapura, Atikah Suhaime bakal mengakhiri zaman bujangnya minggu hadapan setelah berkongsi video bertunang dengan pasangannya, Datuk Lokman Teh.

Menerusi video yang dimuat naik di Instagramnya, memaparkan majlis pertunangan yang berlangsung itu hanya kecil-kecilan dan dihadiri oleh rakan-rakan dan keluarga sahaja.

Menurut Atikah, dia sudah pun bertunang pada Disember lepas dan baru mengongsikan berita tersebut dengan orang ramai di media sosial.

A post shared by Atikah Suhaime ?????? (@therealatikahsuhaime)

“Are you ready? Let’s go! One more week InshaAllah,” tulisnya di hantaran tersebut.

Berita Trending: “Stop Mesej Saya, It’s Annoying! Saya Okay” - Fathia Latiff

Dalam pada itu, berita gembira yang dikongsikan Atikah ini menerima reaksi positif daripada pengikutnya yang rata-rata memberikan ucapan tahniah dan memuji majlis pertunangan tersebut.

“Ahamdulillah tahniah saya suka simple sahaja like. Semoga dipermudahkan segalanya, Insya-Allah.

“Simple je tak over pun bagus-bagus.

“Sangat simple but yet so sweet, tahniah,” tulis individu tersebut.

Sekadar info, sebelum ini, pernah tular kisah aktres Atikah Suhaime yang sedang hangat bercinta dengan kekasihnya, Datuk Lokman Teh dan kini sudah sah menjadi tunangannya.

#Tunang #Atikah #Suhaime
;