HIBURAN
Atikah Suhaime Kongsi Perjalanan Kembali Fit Lepas Bersalin - “Dulu Lutut Sakit Sebab Berat, Sekarang Katil Pun Boleh Tolak”
Pelakon, Datin Atikah Suhaimi berkongsi perjalanan untuk mendapatkan kembali bentuk tubuh asalnya selepas bersalin.
Perubahan berat badan & fizikal
Menerusi perkongsian terbaharu di Instagram Atikah meluahkan kerinduan terhadap aktiviti kegemarannya dahulu iaitu berlari yang kini menjadi satu cabaran besar buat dirinya selepas melahirkan cahaya mata.Menurut Atikah, pengalaman menjadi ibu bukan sahaja mengubah hidupnya secara emosi, malah secara fizikal juga.
“Lagi satu saya dulu flat chest, senang nak lari jauh-jauh, sekarang ada susu, ya ampun sakit walaupun pakai sport bra,” kongsinya.“Kalau dulu lari 5km tak ada apa, celah gigi sahaja. Saya suka berlari tapi selepas jadi mommy, bila lari kuat kuat je terkencing.
Masalah lutut sebab berat
Berkongsi lebih lanjut, Atikah mengakui bahawa berlari dahulunya menjadi terapi emosi buat dirinya namun perubahan berat badan selepas bersalin dan masalah pada lutut membuatkan dia terpaksa menukar rutin senamannya.“Tapi sejak saya banyak buat strength training, saya lebih kuat sekarang berbanding sebelum ini. Dulu tak boleh nak angkat berat langsung, sekarang no hal katil pun boleh tolak“Dulu kalau marah saya berlari, terus gembira semula. Saya rindu running, itulah syurga untuk saya dulu tetapi neraka untuk saya sekarang. “Lepas bersalin saya banyak fokus core strength training. Sebab tak boleh lari, lutut sakit sebab berat. Berat badan naik mendadak, nak kencing je sebab bawah masih lemah.
“Tetapi jangan tunjuk kekuatan tu dekat suami, nanti dia tak nak tolong lamgsung angkat angkat bemda berat dekat rumah,” tulisnya.
Beri semangat pada kaum ibu
Dalam masa yang sama, Atikah turut berharap agar perkongsiannya ini mampu memberi semangat kepada para ibu di luar sana yang sedang berjuang untuk turunkan berat badan selepas bersalin.Berikut merupakan perkongsian penuh Atikah:“Sekarang pun saya nak cuba banyak lari balik. This is my happy pill. “Saya kongsi perjalanan kurus untuk anda semua. Semoga mami yang baru bersalin cepat cepat slim,” coretnya.
Must-Watch Video