HIBURAN
Atikah Suhaime Tak Sangka Mulan Seorang ‘Baby High Demand’ - “Setiap Kali Dia Menangis Itu Macam Kena Dera”
Pelakon Datin Atikah Suhaime tidak menyangka puteri sulungnya iaitu Lyla Mulan Teh seorang bayi yang ‘high demand’ dan sentiasa mahukan perhatian.
Layanan & perhatian
Menerusi video di TikTok, Atikah memberitahu kemungkinan bayinya menjadi seperti itu disebabkan mendapat layanan dan perhatian yang penuh daripada pengasuhnya.
“Saya ingat baby saya ini senang. Saya tahu dekat video semua, orang tengok macam bestnya… diam saja bila tengah buat reviu.
“Tapi dia seorang bayi yang ‘high demand’. Dia tak mahu letak atas katil, dia dah biasa dengan perhatian sebab pembantu saya ada, 24 jam dengan pengasuh kan.
“Setiap kali dia menangis saja, terus pengasuh sambut dan dia dah terbiasa macam itu. Sebab baru ini saya balik Singapura, pertama kali bercuti tanpa pembantu.
“Setiap kali dia menangis itu macam kena dera. Saya kena terus ambil dia, tak boleh nak lambat-lambat. Betul-betul big bos,” kongsinya.
Sentiasa mahu dukung
Pada perkongsian yang sama, Atikah turut mendedahkan ibunya juga terpaksa melayan karenah cucu kesayangannya yang sentiasa mahu dukung.
“Mak saya kan tolong jaga dia… dia buat macam apa tau, tak boleh jalan, tak boleh duduk. Jadi mak saya kena dukung dia sambil jalan dalam rumah.
“Dia macam itu perangai. Baru saya terfikir ‘oh macam ini rupanya anak aku’. She’s the bos,” ujarnya lagi.
Untuk rekod, Atikah mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Datuk Luqman Teh pada 21 Januari tahun lalu.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Mulan pada Mac lalu.
@angrykoalamy Oooo baru tahu perangai lyla mulan teh 🤭 #fyp #atikahsuhaime #lylamulanteh #lokmanteh #trending #angrykoalamy ♬ Vlog ・ Stylish city pop(1275391) - orino
Must-Watch Video