Hiburan

Atiq Azman Tak Serik Tunggang Motosikal

gempak
Zulaikha Yusof
03/09/2020
12:02 MYT
Sponsor Banner
Atiq Azman Tak Serik Tunggang Motosikal
Pelakon baru sedang meningkat naik, Atiq Azman akui berasa fobia untuk menunggang motosikal selepas terlibat kemalangan jalan raya semalam.
BACA: “Paling Teruk Bahagian Peha Sampai Nampak Daging” - Atiq Azman Terlibat Kemalangan
Walaubagainamapun, Atiq, 20, menyatakan dia tetap akan meneruskan minatnya dengan dunia permotoran selepas dirinya sihat sepenuhnya.
"Masa eksiden tu ada la rasa fobia. Tengok dalam masa sebulan ni mungkin hilang rasa tu. Selalunya sekejap saja.
"Saya okey lagi untuk tunggang motosikal. Sebab minat kan itu yang saya berani," katanya ketika dihubungi Gempak.
Sementara itu, pemilik nama Raja Muhd Atiqullah Shah pada awalnya beranggapan tragedi yang berlaku itu hanya sekadar mimpi sehinggakan perlu berulang kali mendapat kepastian daripada kawan-kawan.
"Masa kemalangan tu saya sedar apa yang berlaku. Bila dah jatuh, saya terus bangun sebab tak nak lemah.
"Kawan-kawan marah. Takut juga ada kecederaan yang kita tak nampak.
"Banyak kali saya ulang soalan yang sama tanya eksiden ni mimpi ke? Saya pergi konvoi untuk berseronok, tak nak perkara macam ni jadi.
"Tapi benda dah jadi pun. Alhamdulillah hasil pemeriksaan semuanya okey. Syukur juga tak ada penggambaran yang terganggu disebabkan kecederaan ini," katanya lagi.
Sebelum in, Atiq berkongsi video dirinya yang terlibat dalam kemalangan di Instagram (IG) sehingga menampakkan isi daging di bahagian peha.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live