Atita Haris Kongsi Foto Lucu Nas-T Jaga Anak

Mya Amri
Januari 27, 2017 06:00 MYT
Isteri kepada pelakon Nas- T, Atita Haris mendedahkan beberapa foto lucu gelagat suaminya ketika menjaga anak kedua mereka, Nas Taliyah.
Foto-foto tersebut dikongsi oleh Atita menerusi akaun Instagram (IG)nya beserta kapysen yang mencuit hati.
Antaranya foto yang merakamkan gelagat Nas-T yang tertidur di atas kerusi sambil memegang puteri keduanya yang juga turut lena sama seperti bapanya.
Satu lagi foto yang menarik perhatian adalah ketika Nas-T bersama anak tirinya, Nur Sofia (Opi) sibuk mengintai disebalik celahan ruangan katil bayi (baby cot) semata-mata untuk melihat Nas Taliyah.
Dalam pada itu, sama seperti isterinya, Nas-T juga tidak ketinggalan berkongsi foto-foto menarik bersama anak keduanya itu.
Di sini Astro Gempak kongsikan foto-foto lucu yang diambil menerusi IG Nas-T dan juga Atita.
#Anak #Atita Haris #Nas-T