Laman Utama
Atlet MMA Victoria Lee Meninggal Dunia Di Usia 18 Tahun, Kakak Sebak - "Saya Sayangkan Awak"
Atlet sukan seni bela diri campuran (MMA), Victoria Lee dilaporkan meninggal dunia di usia 18 tahun.
Berita diumumkankan oleh kakaknya, Angela Lee dalam hantaran terbaharu di akaun Instagramnya pada Ahad.
Menurut Angela, adiknya telah meninggal dunia pada 26 Disember lalu dan berasa agak berat untuk memaklumkan berita itu kepada umum.
“Pada tanggal 26 Disember 2022 kami sekeluarga melalui sesuatu yang diharapkan tidak perlu dilalui oleh keluarga lain….
“Amat sukar untuk mengatakan tentangnya, Victoria kami telah meninggal dunia… Dia pergi terlalu awal dan keluarga kami benar-benar berada ‘hancur’ sejak itu.
“Kami amat merinduinya. Melebihi daripada segala-galanya di dunia ini. Keluarga kami tidak akan pernah sama. Kehidupan juga tidak akan kembali sama.
Dalam pada itu, Angela juga memohon agar orang ramai dapat menghormati dan memberikan ruang pada keluarga mereka.
“Kami sangat merindui awak. Lebih daripada apa yang awak sedar. Saya sayangkan awak. Hingga hujung waktu.
“Tolong berikan keluarga kami penghormatan untuk detik yang amat sukar ini dan tolong periksa kondisi orang yang anda sayang.
“Berikan pelukan dan beritahu betapa bermaknya mereka dalam hidup anda. Anda tidak akan pernah tahu…,” coretnya.
Untuk info, kematian Victoria di Hawaii diumumkan secara terbuka oleh Taman Memorial Valley of the Temples di Kaneohe pada Jumaat lalu namun punca kematiannya tidak didedahkan kepada umum.
Dilahirkan di Hawaii, Victoria mewakili dua negara iaitu Amerika Syarikat dan Singapura sebagai ahli pasukan MMA United dan Evolve MMA.
Victoria kemudiaannya dilantik sebagai penolong tenaga pengajar di Evolve MMA iaitu rangkaian gim seni bela diri di Singapura.
Mendiang juga dijadualkan bertanding dalam perlawanan MMA Profesional keempatnya menentang Zeba Bano di India pada 14 Januari ini di Bangkok.
Must-Watch Video