,
Laman Utama

ATNM2: Ajai Komen Tak Payah Jadi Penyanyi, Ini Respon Syafiq Naser- “Ada Rasa Sedikit Patah Semangat Sebab…”

Syafiqah Jalal
23/01/2023
04:39 MYT
Pempengaruh atau influencer terkenal, Syafiq Naser akui rasa patah semangat selepas juri Ajai meminta supaya tidak meneruskan niat untuk menjadi penyanyi selepas persembahannya di All Together Now musim kedua (ATNM2) malam tadi.
Namun, Syafiq mendapat kekuatan untuk terus kekal dalam bidang itu selepas menerima kepercayaan dari orang sekeliling dan yakin boleh buktikan akan jadi lebih baik.
“Bila dia (Ajai) cakap macam begitu saya ada rasa sedikit patah semangat…mungkin saya tak layak jadi penyanyi saya pun selalu fikir saya banyak kekurangan…
“Tapi orang sekeliling percaya saya sebenarnya boleh bawa lebih baik dari apa yang saya bawa haritu.
“Tengok lah bergantung pada rezeki dan usaha saya dalam bidang ini , mungkin lambat lagi tapi saya perlu berusaha sahaja lah
“Malah, saya berhasrat satu hari nanti nak buktikan boleh improved lagi,” katanya kepada Astro Gempak.
Syafiq yang merupakan penyanyi lagu OST untuk The Maid 2 itu diminta mengulas mengenai komen Ajai di ATNM2 minggu ke tujuh.
Dalam pada itu, Syafiq yakin menjadi influencer bukan halangan untuk mereka menjadi penyanyi selagi yakin untuk menonjolkan bakat serta membuat persiapan yang sepatutnya.
“Saya rasa bukan halangan untuk influencer tonjol bakat mereka selagi mereka yakin dan nak menyanyi kerana mereka ada followers dan ada tempat untuk salurkannya.
“Netizen ni pantang bila influencer jadi penyanyi sebab mereka kata biar influncer berada di tempat mereka sahaja.
“Tapi mungkin mereka tak tahu background influencer tu memang ada bakat nyanyian xtahu boleh menyanyi.
“Macam saya pula memang entertainer selalu buat parodi video yang kelakar tapi dari sisi lain saya mahu juga jual diri saya dengan bakat apa yang saya ada.
“Namun disebaliknya itu saya juga pergi kelas nyanyian dan buat study kerana yakin sahaja tak cukup dan perlu buat persiapan diri,” jelasnya lagi.
Syafiq yang membawakan lagu Tiada Lagi Tangisan oleh Misha Omar itu tidak berjaya mara ke final mahu pun duduk di podium selepas hanya mendapat 8 markah sahaja.
Malam tadi sengit menyaksikan dua wanita Mazryn Maysa dan Elliza Suezina yang telah berjaya memikat hati 50 juri sehingga melayakkan diri mereka untuk mara ke peringkat final.
Saksikan All Together Now Malaysia musim ke-2, setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria atau strim di Astro GO.
ATNM2 mempersembahkan barisan juri yang popular dan terkenal dengan mengetengahkan 13 muka juri baharu termasuk Datuk Aznil Hj. Nawawi, Ajai, Rozita Che Wan, Shila Amzah, Nikki Palikat, Marsha Milan, Reshmonu, Vince Chong serta ramai lagi.
Datuk Syafinaz Selamat pula menggalas tugasan sebagai Kapten Juri yang baharu.
Manakala pengacara bubbly dan bertenaga, Sherry Alhadad kembali untuk mengemudi ATNM2.
Saksikan All Together Now Malaysia 2 yang bersiaran secara eksklusif pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam di saluran Astro Ria serta strim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Kini dengan Astro Baharu strim tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. PEK PREMIUM 1 WhatsApp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Penyanyi Reedzwann Terlibat Kemalangan, Rakan Maut

gempak
07/09/2024
07:22 MYT
Penyanyi Reedzwann, 23, terselamat selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandunya terlibat kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 363.8, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dekat Trolak, Perak pada Sabtu.
Viral

Nani Roslan Jadi Emosi Baca Komen Ibu Bapa Pertahankan ‘Abang Bas’ - “Berapa Ramai Rakyat Malaysia Yang Mempunyai Nafsu Terhadap…”

gempak
07/09/2024
01:55 MYT
Pempengaruh dan personaliti Nani Roslan meluahkan rasa berang apabila dia membaca komen reaksi segelintir ibu bapa menyokong video konten ‘Abang Bas’ yang tular di TikTok.
Hiburan

Sebar Gambar Tak Senonoh Mingyu, Pekerja Jenama Mewah Ini Digantung Tugas Serta Merta

gempak
04/09/2024
11:55 MYT
Jenama mewah Perancis L'Occitane tampil membuat permohonan maaf selepas seorang pekerjanya membocorkan gambar penyanyi Mingyu yang kurang sesuai baru-baru ini.
Hiburan

Noraniza Idris Tak Fikir Soal Gelaran Datuk, Anggap Ia Rezeki Jika Dapat – “Ada Orang Murah Rezeki Dia”

gempak
03/09/2024
21:55 MYT
Penyanyi Noraniza Idris menyifatkan penganugerahan gelaran Datuk kepada selebriti adalah rezeki yang ditentukan Allah.
Bollywood

Selain KL, Udit Narayan Akan Turun Pulau Pinang 28 November Ini

gempak
02/09/2024
15:51 MYT
Udit Narayan merupakan penyanyi Bollywood yang terkenal dengan suara latarnya kepada industri muzik Bollywood dan termasuk juga beberapa bahasa lain seperti Tamil, Bengali, Telugu, dan Kannada, bakal membuat kemunculannya di Setia Spice Arena, Pulau Pinang pada 28hb November 2024.