Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

ATNM2: Guru, Tukang Jahit, Busker - Siapakah 16 Peserta Yang Berjaya Merebut RM50,000 Malam Ini?

Syafiqah Jalal
05/02/2023 06:51 MYT
Program All Together Now musim kedua (ATNM2) bakal melabuhkan tirainya malam ini sekaligus menentukan siapakah yang akan bergelar juara.

Seramai 16 peserta bakal berentap di pentas akhir ATNM2 sekaligus merebut hadiah utama wang tunai bernilai, RM50,000!

Selepas lapan minggu bersiaran 16 peserta ini adalah peserta yang berjaya menduduki podium dan mara ke pentas akhir ATNM2.

Siapa sangka, di kalangan 16 peserta ini mereka semua terdiri dairpada pelbagai latar belakang temasuk yang tampil berkumpulan.

Antara daripada mereka adalah seorang tukang jahit bernama Dayah, Syera pula seorang guru di sekolah kebangsaan sementara Khairul Nizam pula seorang busker jalanan yang mempunyai suara yang unik.

Namun satu peserta berkumpulan yang dianggotai tujuh orang juga bakal memeriahkan pentas akhir malam ini iaitu El Coro Ensemble yang berjaya meriah 100 markah pada konsert mingguan.

Siapa yang masih ingat dengan Lazarul? Peserta ini pernah menyertai ATNM musim yang lalu namun tidak berjaya ke peringkat akhir, malam ini merupakan satu yang dapat dibanggakan untuk membuktikan kebolehannya.

Tidak ketinggalan pasangan duo juga turut berentap iaitu POV yang menampilkan Uchop dan Nurashq dalam paduan vokal yang hebat.

Pentas akhir ATNM2 bakal menampilkan semua peserta yang hebat-hebat belaka namun siapakah yang akan berjaya merangkul hadiah wang tunai RM50,000? Sama-sama kita nantikan!

ATNM2 mempersembahkan barisan juri yang popular dan terkenal dengan mengetengahkan 13 muka juri baharu termasuk Datuk Aznil Hj. Nawawi, Ajai, Rozita Che Wan, Shila Amzah, Nikki Palikat, Marsha Milan, Reshmonu, Vince Chong serta ramai lagi.

Datuk Syafinaz Selamat pula menggalas tugasan sebagai Kapten Juri yang baharu. Manakala pengacara bubbly dan bertenaga, Sherry Alhadad kembali untuk mengemudi ATNM2.

Saksikan pentas akhir All Together Now Malaysia 2 yang bersiaran secara eksklusif jam 9.00 malam di saluran Astro Ria serta strim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Astro Baharu. Strim tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. PEK PREMIUM 1 WhatsApp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838
#Peserta #Berjaya #2 #Now #Together #ATNM2 #'All #Merebut