Skip to main content

Viral

ATNM2: Isu Biadap Ketika Penjurian, Catriona & Fieqa Bersemuka - "Saya Terkejut, Sayangnya Baru 16 Tahun ..."

fieqa-atnm2.jpg

“Minat, mestilah minat. Kalau tak, buat apa I bawa,” begitu jawapan peserta All Together Now Malaysia Malaysia 2 (ATNM2) Fieqa kepada pertanyaan juri Catriona Ross sehingga meraih sorotan wargamaya di platform media sosial baru-baru ini.

Sungguhpun ketegangan berlaku antara Fieqa dan Catriona, namun, kedua-duanya dilihat telah bertemu secara empat mata bagi memperbetulkan keadaan yang panas.

“Kak Kek (nama panggilan Catriona) cuma nak advice Fieqa… The number one that you need in yourself to become a performer bukan the fact that you ada suara sedap atau you berlakon best, tapi is that attitude. Nombor dua is your discipline.

“So I nak jumpa you personally because I was personally stunned (terkejut)... I felt sayangnya untuk somebody yang baru 16 tahun with this attitude. So I hope you boleh terima I punya advice,” tutur Catriona kepada Fieqa menerusi satu rakaman belakang tabir.

Fieqa yang fokus mendengar kemudian membalas: “Thank you minta maaf lagi sekali,” katanya.

[Footage]

Menerusi ruangan kapsyen, Catriona turut berpesan supaya tidak melupakan empat perkara yang diamalkan sejak berkarier sebagai pelakon.

“Apa pun impian kita, siapa pun kita atau who we wish to become, kita jangan pernah lupa empat perkara yang akan saya sebutkan buat ingatan kita bersama. 

“These are some notes I’ve used dan hadamkan sejak mulakan karier sesudah tamat universiti.

“Nombor satu, attitude. Jaga tutur kata. How you speak shows your character. Nombor 2, hormat. Bila ada bersifat menghormati sesama kita, kita akan sangat disenangi. Malah, akan juga diingati.

“Ketiga, disiplin. Ini kunci penting why some people succeed in life. Disiplin juga determines where you can be in life. Keempat merendah diri. Sangat penting. Terlalu,” katanya.
 

Must-Watch Video

Advertisement