Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

ATNM2: "Saya Pernah Jadi Juara Dalam..."- Berbaloi Tunggu Lama Di Podium, Nadeera Syukur Dapat Ke Final!

Syafiqah Jalal
12/12/2022 04:00 MYT

Peserta All Togother Now musim kedua (ATNM2) minggu pertama, Nadeera Zainin menganggap tuah berada di podium dari mula hingga akhir dapat melayakkannya ke final.

Nadeera, 29, bersyukur kerana berjaya mara ke peringkat akhir selepas berjaya memasuki pusingan Sing Off.

"Lama juga saya duduk di podium sebab saya peserta pertama berada di atas itu sehinggalah peserta yang terakhir iaitu Ranisha dan saya terpaksa memasuki pusingan Sing Off.

"Memang dari awal lagi, saya tidak mengharapkan kemenangan. Cuma saya bergantung pada rezeki yang Allah akan beri pada saya.

"Apa-apa pun saya bersyukur kerana dapat kepusingan yang seterusnya. Dan lepas kepusingan battle. Sangat sangat bersyukur dapat kefinal," katanya kepada Gempak.

ATNM2 malam tadi adalah minggu pertama bermulanya program nyanyian itu untuk musim kedua.

Nadeera terpaksa melalui pusingan Sing Off selepas markahnya 96 seri dengan Ranisha peserta akhir pada siaran malam tadi.

Meskipun sudah memasuki banyak pertandingan nyanyian di televisyen sebelum ini, Nadeera akui tetap tidak puas jika tidak mencabar dirinya dalam program seperti ATNM2.

"Saya akui saya pernah jadi juara untuk pertandingan nyanyian yang besar di Malaysia. Tapi pertandingan ini agak berbeza dengan pertandingan yang lain kerana dinilai oleh 50 juri. 

"Tujuan pertama saya adalah ingin menyampaikan kepada 50 orang juri bakat yang saya ada serta hendak menonjolkan diri supaya mereka lebih mengenali saya di dalam industri. 

"Saya juga berharap program ini akan memberi sedikit impak kepada nama saya selepas ini untuk membina nama dalam industri," ujarnya.

ATNM2 mempersembahkan barisan juri yang popular dan terkenal dengan mengetengahkan 13 muka juri baharu termasuk Datuk Aznil Hj. Nawawi, Ajai, Rozita Che Wan, Shila Amzah, Nikki Palikat, Marsha Milan, Reshmonu, Vince Chong serta ramai lagi. 

Datuk Syafinaz Selamat pula menggalas tugasan sebagai Kapten Juri yang baharu.

Manakala pengacara bubbly dan bertenaga, Sherry Alhadad kembali untuk mengemudi ATNM2.

Saksikan All Together Now Malaysia 2 yang bersiaran secara eksklusif pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam di saluran Astro Ria serta strim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Dapatkan Pek Premium 1 untuk penjimatan hebat dengan hanya RM 99.99 sebulan untuk enam bulan pertama. Whatsapp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838 untuk menikmati rancangan hiburan ini di Astro

#All Together Now #All Together Now Malaysia #ATNM2 #ATN' #Nadeera