Siapa sangka seorang tukang jahit yang dikenali dengan nama Dayah berusia 30 tahun merupakan peserta All Together Now Malaysia musim kedua (ATNM2) yang berjaya memikat hati 50 juri apabila meraih 100 markah di konsert minggu ketiga malam tadi.

Dayah yang membawakan lagu Puteri Kota nyanyian asal Ella itu sekaligus dengan bangganya telah melayakkan diri ke final.

Seorang lagi peserta Syera yang bertuah malam tadi apabila berjaya mara ke final selepas menewaskan Ariel dengan 96 markah dalam pusingan Sing-Off

Sementara Ariel yang memasang impian mahu memenangi ATNM2 bagi mengumpul duit untuk berkahwin terpaksa reda apabila tewas dengan hanya meraih 82 markah dari juri ketika pusingan Sing-Off.

Berikut senarai markah penuh serta komen juri untuk semua peserta bagi minggu ketiga:

#1 SHAMSUL KAHAR, 42 TAHUN, FREELANCE GYM INSTRUCTOR (30 markah)
Lagu: GERHANA (DATO HATTAN)
Komen juri, Elly Mazlein: Bagi la peluang dekat dia.. Bagi Kak Lina, Abang Sham no syatu (nombor 1)
Edrie Hashim : Saya rasa vokal kena polish lagi

#2 FARAH YASMINE – 26 TAHUN – PELAJAR (62 markah)
Lagu: A WHOLE NEW WORLD (ZAYN& ZHAVIAWARD)
Komen juri, Reshmonu : she can sing, I hope she can shine

#3 RIEV WAFA – 22 TAHUN – INFLUENCER (14 markah)
Lagu: STAY (JUSTIN BIEBER)
Komen juri, Ajai : Jangan nyanyi lagu yang susahkan diri

#4 AIDIL NAJMUDDIN – 21 TAHUN – PELAJAR (26 markah)
Lagu: LELAKI SEPERTI AKU (ALIF SATAR)
Komen juri, Sofia Liana : I always like your character bila on stage

#5 HARIS ABDUL – 55 TAHUN – GURU (12 markah)
Lagu: BILA WAJAHMU KU BAYANGKAN (SUDIRMAN)
Komen juri, Chubb-E – Abang bagi positif vibes dan energy buat kita rasa happy memang terbaik

#6 DIAN HASHIM – 23 TAHUN – PELAJAR (74 markah)
Lagu: KNOCK KNOCK (ELIZABETH TAN)
Komen juri, Syafinaz Selamat: Bagus, saya rasa nyanyian awak better than original singer

#7 AMIRUL HAKIM – 23 TAHUN – PEMBANTU PENYELIDIK (84 markah)
Lagu: GURENGE (LISA)
Komen juri, Che Ta: Saya suka persembahan dia sangat bertenaga walaupun saya pun tak faham

#8 HAZEERASOFEA (44 markah)
Lagu: RINTIHANRINDU(WANY HASRITA)
Komen juri, Wany Hasrita: Saya suka tapi pada mula tu dengar shaking sikit dan biasa dia show saya akan tukar di belakang tu sebaba saya tak akan tarik macam awak

#9 ZULAIKHA – 13 TAHUN – PELAJAR (88 markah)
Lagu: – MAMA AKU INGIN PULANG (NIKE ARDILLA)
Komen juri, Ernie Zakri : banyak lagi masa untuk develop vokal kamu

#10 DEXTER – 29 TAHUN – GURU (18 markah)
Lagu: SOMEWHERE ONLY WE KNOW (KEANE)
Komen juri, Vince: Sebenarnya saya kenal dia…dia seorang yang berkeyakinan diri saya bangga dengan dia
Syafinaz: Saya rasa nyanyian kamu hanya level karoke

#11 CHANELLE LIU – 26 TAHUN – GURU (64 markah)
Lagu: COME BACK HOME (2 NE 1)
Komen juri, Maryam: Saya ras adia orang Korea, pronounce dia memang bagus betul

#12 AJLA MAIRA (60 markah)
Lagu: SAMPAI BILA – MISHA OMAR
Komen juri, AG Coco: Pada first impression tu kita sangat seronok tapi kenapa hancurkan harapan kami…

#13 ARIEL FESOL – 24 TAHUN – PRAMUGARA (94 markah)
Lagu: PRIA TERHEBAT (SO7)
Komen juri, Kelly Azman: Saya tak bangun kerana nyanyi lagu tadi kurang feel sebenarnya saya dah kenal lama tapi saya rasa dia boleh buat lebih baik

#14HXMBA – 26 TAHUN – PENJUAL PERFUME (64 markah)
Lagu: AMAN RA (BANGUN)
Komen juri, Zizi Kirana : kenapa nak nyanyi macam Aman RA kena ada kelainan
Bunga : Kena bawa dengan style sendiri

#15 : FATIN FAISHAL (14 markah)
Lagu: KENDATI - AMYLEA AZIZAN
Komen juri, Sissy iman: macam nyanyi tu pastikan suara tu keluar semua jangan dengar angin je

#16 SYERA – 22 TAHUN – PELAJAR (96 markah)
Lagu: JOGET SIAPA DIA (WANN)
Komen juri, Thanuja: Saya suka cara kamu menyanyi dengan attitude

#17YADZIR MUADZ (26 markah)
Lagu: BELUM SIAP KEHILANGAN
Komen juri, Aepul Drama Band: Saya tahu kalau praktis mesti lebih baik dari tadi

#18 DAYAH – 30 TAHUN – MENJAHIT (100 markah)
Lagu: PUTERI KOTA (ELLA)
Komen juri, Jaclyn Victor: Sangat hebat, you are amazing!

#19 SHEIK AMIL – 29 TAHUN – PENJAWAT AWAM (4 markah)
Lagu: ADA APA DENGAN CINTA (AFGHAN)
Komen juri, Shashic: Tak mengapa, yang penting ada effort

#20 NADIA FARSHAH – 35 TAHUN – JURURAWAT (84 markah)
Lagu: KHUSYIAA AUR GHAM (MANN)
Komen juri, Aznil Hj Nawawi: Saya tahu awak boleh menyanyi lagu Hindustan tapi bila awak menyanyi nada nyaring tu dia jadi annoying.

ATNM2 mempersembahkan barisan juri yang popular dan terkenal dengan mengetengahkan 13 muka juri baharu termasuk Datuk Aznil Hj. Nawawi, Ajai, Rozita Che Wan, Shila Amzah, Nikki Palikat, Marsha Milan, Reshmonu, Vince Chong serta ramai lagi.

Datuk Syafinaz Selamat pula menggalas tugasan sebagai Kapten Juri yang baharu.

Manakala pengacara bubbly dan bertenaga, Sherry Alhadad kembali untuk mengemudi ATNM2.

Saksikan All Together Now Malaysia 2 yang bersiaran secara eksklusif pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam di saluran Astro Ria serta strim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang lebih fleksibel.