Pemenang mingguan konsert All Together Now Malaysia (ATNMY) episod ketujuh, Dem Lepak Boyz gembira kerana berjaya meraih markah tertinggi sekaligus melayakkan mereka ke final.

Menurut duo yang dianggotai Zaidy dan Hazel itu, mereka tidak merancang untuk bergandingan dalam pertandingan itu sejak dari mula.

"Mula-mula, kami pun tak terfikir untuk masuk pertandingan menyanyi, tapi selepas lihat poster ATNMY di Instagram, kami pun cuba nasib.

"Mula-mula kami hantar video secara berasingan (solo), tapi bila dapat tahu boleh gabung menjadi duo, kami pun bergerak dua orang ke ujibakat.

"Ketika ujibakat pun kami berdua gementar, tapi teruskan saja, tak sangka juga dapat masuk bertanding," katanya kepada Gempak.

Dalam pada itu Hazel menambah, proses persiapan mereka berdua sebelum bertanding di ATNMY memang memenatkan, namun keduanya sudah melakukan yang terbaik.

"Dari segi persediaan memang penat, perasaan takut pun susah nak buang, kalah dan menang memang adat pertandingan, kami pun terfikir fikir tentang itu.

"Namun apa yang penting, kami berdua telah lakukan yang terbaik," katanya.

Dalam konsert minggu ketujuh yang ditayangkan Ahad lalu, Dem Lepak Boyz mempersebahkan lagu Bang Bang Bang nyanyian asal Big Bang dan mendapat seratus markah.

Jangan lupa saksikan ATNMY pada setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria.

Ia juga boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Dapatkan berita terkini, cepat dan mudah, langgan saluran Telegram Gempak!

Dah undi artis kegemaran di AME2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!