ALL TOGETHER NOW 2021

ATNMY: Wow Hanya Sherry Alhadad Dapat 100 Markah? Ini Recap Konsert Minggu Keempat Malam Tadi!

Asraf Aided 04/10/2021 | 05:40 MYT
Konsert minggu keempat All Together Now Malaysia (ATNMY) berlangsung dengan meriah malam tadi.

Menariknya, sebelum persembahan para peserta bermula, hos Sherry Alhadad membuka tirai menyanyikan lagu Anak Kampung.

Seperti biasa, perwatakan Sherry yang loveable menarik perhatian dan berjaya membuatkan semua juri terhibur, jadi tidak hairanlah mereka memberikan markah 'seratus peratus' kepadanya.

Eryn Gani berjaya mara ke konsert final kerana memperoleh markah tertinggi (96) ditemani oleh Black Mask yang berjaya menumpaskan Jid Lardozz dalam pusingan sing off.

Jom imbas kembali markah para peserta bersama info mengenai mereka.

Eka - 12 Markah

Eka merupakan peserta pertama yang membuat persembahan. Bekerja sebagai penjual bundle, Eka, 26, menyertai ATNMY dengan niat untuk membantu ibunya yang mempunyai masalah berjalan.

Suff Ahmad - 12 Markah

Peserta ini bekerja sebagai pereka grafik. Suff, 22, akan mencuba yang terbaik untuk memasukkan diri ke dalam industri hiburan tanah air.

Yamud - 16 Markah

Yamud merupakan seorang penyanyi sambilan. Seperti dua peserta sebelumnya, kedudukan Yamud di podium juga tidak bertahan lama disebabkan markah peserta lain yang lebih tinggi.

Eryn Gani - 96 Markah

Pemenang konsert mingguan malam tadi. Eryn berusia 29 tahun dan bekerja sebagai seorang guru Bahasa Inggeris.

Ikmal Fariq - 26 Markah

Peserta ini pula adalah seorang pengusaha ladang bendi. Ikmal, 30, telah mencuba nasib dalam pelbagai uji bakat program realiti sebelum ini namun belum bertuah.

Ray - 24 Markah

Ray berusia 43 tahun dan bekerja sebagai perunding takaful.

Adriana - 66 Markah

Adriana berusia 15 tahun dan tentunya masih belajar. Peserta ini menunjukkan reaksi terkejut sebelum persembahan kerana melihat Liza Hanim merupakan salah seorang juri. Adriana menyanyikan lagu Gelisah Mimpi (nyanyian asal Liza) yang merupakan kegemaran bapanya.

Phraveen - 6 Markah

Peserta ini pula melibatkan diri sebagai penyanyi dan pelakon di luar sana. Bagaimanapun, nasib Phraveen kurang baik kerana hanya tiga orang juri sahaja yang bangun memberikan markah untuk persembahannya di ATNMY.

Jamilah - 86 Markah

Jamilah, 25, merupakan penyanyi keroncong yang terkenal sehingga diberi gelaran Puteri Keroncong oleh isteri mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali.

Daniey - 72 Markah

Daniey, 31 bekerja sebagai jurusolek artis dan berjaya memberikan persembahan bertenaga di pentas ATNMY.

Jid Lardozz - 96 Markah

Jid. 55, merupakan seorang pesara menyertai ATNMY kerana disuruh oleh anaknya sendiri. Jid berjaya ke pusingan sing off namun ditumpaskan oleh Black Mask.

Akmal Azni - 36 Markah

Akmal berusia 28 tahun dan merupakan seorang jurulatih robot (melatih mereka yang mencipta dan menghasilkan robot).

Radityo - 86 Markah

Radityo, 19, masih lagi seorang pelajar dan merupakan adik kepada penyanyi Aisha Retno.

Hardy Arbi - 72 Markah

Hardy berusia 47 tahun dan merupakan seorang pengacara majlis.

Affizy - 72 Markah

Affizy berusia 26 tahun dan merupakan seorang usahawan.

Black Mask - 92 Markah

Peserta trio ini berjaya ke konsert final bersama Eryn selepas berjaya menumpaskan Jid Lardozz di pusingan sing off.

Harris - 56 Markah

Harris berusia 17 tahun dan merupakan pelajar yang mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.

Apapun, tahniah dan syabas kepada semua peserta yang telah menyertai ATNMY yang hadir dengan pelbagai latar belakang dan kisah yang mencetus inspirasi, malah ada juga yang menyentuh hati.

Untuk makluman, promo dan program ATNMY dirakam ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Prosedur Operasi Standard (SOP) PKPP telah dipatuhi dan penjarakan fizikal tetap dijaga.

Saksikan ATNMY pada setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria dan boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Untuk menonton video dan info menarik, anda boleh melayari www.gempak.com.

#Pertandingan #All Together Now Malaysia #ATNMY #Konsert Minggu Keempat