Skip to main content

Viral

Atta Halilintar & Aurel Hermansyah Selamat Bertunang! TV Indonesia Siar Acara Lamaran Secara Live

atta-aurel-header-(1).jpg
Anak kepada penyanyi Krisdayanti, Aurel Hermansyah telah selamat mengikat tali pertunangan dengan YouTuber terkenal Indonesia, Atta Halilintar.

Hotel Intercontinental Pondok Indah, Jakarta Selatan pada Sabtu, majlis berlangsung dengan lancar dan disiarkan secara langsung menerusi saluran televisyen Indonesia, RCTI.

"Bismillah. Saya Muhammad Attamimi Halilintar, ke sini untuk bertemu keluarga Aurel Hermansyah anak bapak Anang, bunda Ashanty dan mimi KD.

"Saya peribadi dengan banyak kekurangan, dengan banyak ketidak siapan juga, tapi dari hati yang terdalam tulus semoga lamaran saya diterima. Bismillah," kata Atta Halilintar.

Lamaran itu diterima bapa kepada Aurel, Anang Hermansyah dan merestui hubungan pasangan berkenaan.

Pasangan itu bakal disatukan sebagai suami isteri pada 21 Mac ini.

Advertisement

Must-Watch Video