Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Atta Halilintar Berang Kes Bapa Cabul Anak Kandung - “Kalau Ayah Sendiri Tak Boleh Dipercayai…”

Umirah Halim
03/04/2024 14:00 MYT
Youtuber terkenal Indonesia, Atta Halilintar meluahkan rasa berangnya mengenai isu kanak-kanak yang dipercayai dicabul oleh ayahnya sendiri.

Atta ulang siar hantaran

Menerusi perkongsian di akaun Instagram miliknya, Atta sempat mengulang siar semula hantaran mengenai pendedahan kanak-kanak tersebut yang menceritakan semula kejadiannya sewaktu dicabul oleh ayah kandungnya sendiri.

Menerusi perkongsian video tersebut, dapat dilihat kanak-kanak yang baru berusia 5 tahun itu sedang meluahkan perasaan bersama ibunya selepas disoal tentang kejadian cabul itu.

A post shared by Atta Halilintar (PAPATA) (@attahalilintar)

“Saya takut dengan benda itu," luah kanak-kanak itu.

"Tapi itu siapa yang m***kkan?" tanya ibu.

"Ayah," kata gadis kecil tersebut.

"Yang m***kkan apa?" tanya ibunya lagi.

"M***kkan benda aneh ke dalam *** saya.

“Bendanya macam binatang gitu kan?" tambah kanak-kanak itu di dalam perkongsian video tersebut.

Sindir ayah kandung

Sementara itu, Atta juga sempat menyindir si pelaku itu yang tergamak memperlakukan perkara yang tidak senonoh kepada anak kandungnya sendiri.

"Kalau ayah sendiri tak boleh dipercayai, kemana anak perempuannya nak berlindung," tulis Atta menerusi ruangan kapsyen.

Ramai netizen geram

Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen ramai juga yang meluahkan rasa geram terhadap kelakuan lelaki tersebut.

“Tolong bantu up abang, kesian sangat budak ni. Biar lebih cepat dapat keadilan.

“Jangan bagi dekat pihak berkuasa, kalau perangai s*tan macam ni, settle kat tepi jalan je.

“Ya Allah, ayah cinta pertama buat anak nya tapi ini menghancurkan masa depan anak sendiri.

“Kita dengar je dah sakit sangat macam mana mak nya pula, dan macam mana trauma budak tu,” komen beberapa netizen.

Sebelum ini, difahamkan kejadian ini berlaku apabila si ibu membenarkan bekas suami mengambil anak memandangkan mereka sudah setahun tidak bertemu bagi menyambut ulang tahun kelahiran anaknya yang ke-5.

Namun, selepas pulang daripada bermalam, anaknya mengadu sakit di bahagian sulit ketika mahu membuang air kecil.

Setakat artikel ini ditulis, tiada lagi penangkapan dilakukan terhadap si pelaku meskipun ibu mempunyai bukti gambar dan rawatan di hospital.

Berita Trending: Anak Baru 2 Tahun, Atta Halilintar & Aurel Berikan Kereta Mewah Hadiah Hari Jadi

Berita Trending: Atta Halilintar Bengang Netizen Body Shaming Aurel - “Yang Mengutuk Pun Tak Cantik…”

#Viral #Anak #Cabul #Bapa #Kes #Berang #Atta #Halilintar
;