Pelawak terkenal, Atu Zero dan pengacara Mat Dan bakal memeriahkan Karnival Geng Masjid (KGM) edisi ke-11 yang bakal berlangsung di Masjid Puncak Alam. Kuala Selangor pada 29 sehingga 31 Disember ini.

Selain Atu dan Mat Dan, antara artis yang bakal memeriahkan edisi KGM kali ini ialah Shamsul Ghau-Ghau, Heliza Helmi, Diana Amir, UNIC, Inteam, Asad Motawh, Mawi, Saujana, Bell Ngasri dan ramai lagi.

Selain itu, selebriti lain yang bakal memeriahkan KGM ialah IM Hassan, IM Asyraf, IM Jabar, IM Nazrul, PU Rahmat, PU Amin, Yusuf Azmi, Ustaz Elyas Ismail, Ustaz Syed Abdul Kadir Al Joofre, Ustazah Norhafizah Musa, Ustaz Haslin Baharin, Syamsul Debat dan ramai lagi.

Antara aktiviti menarik yang bakal diadakan sempena KGM ialah Mega Soopa Doopa, kemunculan Didi and Friends, kemuncak pertandingan nasyid UNIC Got Starz, sesi malam pertama di barzakh dengan van jenazah, pesta buku Big Book Worm juga pertandingan memasak Piala Tan Sri Rozali.

Aktiviti wajib KGM seperti 100 gerai jualan, forum dhuha, forum muslimat, pertandingan mewarna, Konsert Geng Masjid, aktiviti berkuda, memanah serta forum ambang 2018 bersama lima sahabat masih dikekalkan.

Jangan lupa untuk berkunjung ke Karnival Geng Masjid edisi ke-11 yang bakal berlangsung di Masjid Puncak Alam. Kuala Selangor pada 29 sehingga 31 Disember ini!

Untuk sebarang maklumat lanjut serta informasi mengenai karnival ini, lakukan carian di laman Facebook dan Instagram dengan menggunakan kata kunci Karnival Geng Masjid.

Teks oleh: Kamaruddin Razal