
Terhad kepada
25 unit sahaja untuk pasaran Amerika Syarikat, model ini didatangkan dalam warna
Nogaro Blue yang dipadankan dengan warna hitam pada gril, skirt sisi, diffuser dan rel bumbung. Apa yang menarik, RS2 Avant juga pernah ditawarkan dalam warna yang sama.

Selain itu, RS Tribute Edition turut didatangkan dengan
rim V-spoke berukuran 22 inci, manakala angkup breknya berwarna merah untuk penampilan yang lebih garang.

Ruang kabin pula dihiasi dengan
trim gentian karbon dan jahitan kontras biru denim. Turut disertakan adalah tempat duduk Valcona S Sport, karpet RS, serta dua pakej kelengkapan iaitu
Driver Assistance yang merangkumi
Adaptive Cruise Assist dan
Side Assist, dan
Executive yang merangkumi pemanas tempat duduk belakang.

Pada masa sama, ia juga dilengkapi paparan ‘head up’, pintu ‘soft close’ dan sistem audio 3D Bang & Olufsen.

Bagaimanapun, tiada sebarang perubahan dalam aspek prestasi, di mana wagon berprestasi tinggi ini kekal dengan
enjin 4.0-liter twin-turbo V8 yang mampu menjana
600PS dan
800Nm.
Dengan
transmisi automatik lapan kelajuan dan sistem pacuan semua roda quattro, ia hanya memerlukan
3.6 saat untuk memecut dari 0 hingga 100km/j.
Audi RS6 Avant RS Tribute Edition dijual pada harga $136,800 (
RM567,380) atau $27,800 (RM115,300) lebih mahal berbanding versi biasa.